Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Microsoft Gaming Berubah Ketua – Phil Spencer Tinggalkan Xbox Selepas 38 Tahun Berbakti!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 23, 2026
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Microsoft Gaming Berubah Ketua – Phil Spencer Tinggalkan Xbox Selepas 38 Tahun Berbakti!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, industri gaming dikejutkan dengan pengumuman daripada Microsoft mengenai persaraan Phil Spencer, ketua yang cukup sinonim dengan jenama Xbox.

Berita ini bertambah mengejutkan apabila Presiden Xbox, Sarah Bond (yang sebelum ini diramal ramai sebagai pengganti utama Spencer) turut meletakkan jawatan daripada syarikat tersebut.

Enjoyed a thoughtful and candid conversation on the future of game development with European indie devs @gamescom @ID_Xbox pic.twitter.com/v0Bb34ISdG

— Phil Spencer (@XboxP3) August 23, 2023

Tempat Spencer akan diisi oleh Asha Sharma, yang sebelum ini memegang jawatan Presiden CoreAI di Microsoft. Sementara itu, Matt Booty yang mengetuai Xbox Game Studios telah dinaikkan pangkat sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kandungan (Chief Content Officer), dan beliau akan melapor terus kepada Sharma.

Pengumuman ini menandakan berakhirnya kerjaya Spencer selama 38 tahun di Microsoft.

Berakhirnya Sebuah Era

Menerusi e-mel kepada kakitangan, Spencer mendedahkan bahawa beliau sudah membincangkan hasrat untuk berundur dengan CEO Microsoft, Satya Nadella, sejak tahun lalu.

Spencer, yang cukup popular dalam kalangan gamer menerusi gamertag “P3,” mula memimpin bahagian Xbox pada 2014… ketika jenama itu sedang bergelut selepas pelancaran Xbox One yang berkontroversi.

From here, I’ll keep doing what’s always mattered so much to me: cheering on the teams pushing this industry forward and playing alongside this incredible community. I'll see you online. pic.twitter.com/W8EjIi01ML

— Phil Spencer (@XboxP3) February 20, 2026

Sepanjang 12 tahun, beliau berjaya memuktamadkan pengambilalihan Activision Blizzard bernilai $69 bilion, pembelian ZeniMax (Bethesda), serta memacu pertumbuhan perkhidmatan langganan Game Pass. Spencer akan terus kekal sebagai penasihat sehingga hujung musim panas 2026 bagi memastikan proses transisi berjalan lancar.

It’s rare in life to know when a chapter is closing, but after 38 years at Microsoft, that moment has arrived for me. I’ve made the decision to retire and begin the next chapter of my life. It’s a milestone that’s given me a chance to reflect on the incredible journey I’ve been…

— Phil Spencer (@XboxP3) February 20, 2026

Berbeza dengan Spencer, peletakan jawatan Sarah Bond secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Bond baru sahaja memegang jawatan Presiden Xbox kira-kira dua tahun lalu dan merupakan penggerak utama di sebalik strategi moden Xbox.

Pemergian beliau dikaitkan dengan isu dalaman yang semakin meningkat dalam organisasi tersebut.

Sepanjang tahun 2024 dan 2025, Xbox berdepan kritikan daripada komuniti peminat dan pekerjanya sendiri. Susulan penggabungan dengan Activision Blizzard, syarikat itu melaksanakan beberapa pemberhentian pekerja secara besar-besaran serta menutup beberapa studio seperti Tango Gameworks dan Arkane Austin.

Malah, keputusan untuk membawa game eksklusif Xbox (seperti Indiana Jones dan Sea of Thieves) ke konsol pesaing PlayStation 5 telah menimbulkan “krisis identiti jenama” yang dipercayai menjadi punca perselisihan di peringkat atasan.

Kepimpinan Baharu

Pelantikan Asha Sharma yang mempunyai kepakaran dalam bidang AI dan penskalaan platform (berpengalaman di Meta dan Instacart) mungkin menunjukkan hala tuju baharu Microsoft.

Walaupun latar belakang beliau dalam CoreAI mengacah bahawa Microsoft ingin memasukkan kecerdasan buatan dalam gaming, Sharma menenangkan komuniti gamer yang bimbang akan kesan AI.

“Kami tidak akan mengejar keuntungan jangka pendek atau membanjiri ekosistem kami dengan ‘AI slop’ yang tidak berjiwa,” tegas Sharma dalam e-mel pertama. Beliau menekankan bahawa permainan video adalah karya seni yang dihasilkan oleh sentuhan manusia.

Sharma menggariskan tiga fokus utama: menghasilkan game hebat dengan berani mengambil risiko, mengukuhkan semula akar umbi Xbox (konsol, mobile, dan cloud), serta mengembalikan “semangat pejuang” dalam model perniagaan mereka.

Matt Booty dinaikkan pangkat untuk menyelia portfolio kandungan yang luas. Beliau kini bertanggungjawab ke atas hampir 40 studio, termasuk pasukan di sebalik francais gergasi seperti Call of Duty, Halo, dan The Elder Scrolls.

Booty memberi jaminan bahawa tiada perubahan struktur drastik akan dilakukan pada studio-studio di bawah seliaannya buat masa ini.

Tags: microsoft gaming
ShareTweetSend
Previous Post

Projek Masa Depan ufotable – Anime, Genshin Impact, Infinity Castle Part 2, Katsugeki: Touken Ranbu, & Banyak Lagi!

Next Post

Sempena Ulang Tahun Ke-30, Pokémon FireRed & LeafGreen Datang Ke Nintendo Switch Daripada GBA!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Sempena Ulang Tahun Ke-30, Pokémon FireRed & LeafGreen Datang Ke Nintendo Switch Daripada GBA!

Sempena Ulang Tahun Ke-30, Pokémon FireRed & LeafGreen Datang Ke Nintendo Switch Daripada GBA!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd