Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mikrofon yang CUKUP PADU untuk Streamer! Ulasan Razer Seiren Emote!

Mikrofon yang bagus untuk memulakan kerjaya streamer anda.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 30, 2019 - Updated on October 31, 2019
in Artikel, Berita, Produk, Review
0 0
0
Mikrofon yang CUKUP PADU untuk Streamer! Ulasan Razer Seiren Emote!
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk seorang streamer, komunikasi dengan penonton anda adalah faktor asas yang paling penting untuk berjaya. Komunikasi yang tidak jelas antara diri sendiri dan mereka yang melihat adalah masalah yang sukar untuk diatasi. Selain itu, mewujudkan ruang yang memberi rangsangan visual untuk sesebuah stream boleh menjadi sukar dan mahal atau murah tetapi membosankan.

Mikrofon baru Razer Seiren Emote menangani kedua-dua cabaran ini dengan cara pintar dan inovatif yang pasti membuat banyak streamer sangat teruja. Mikrofon tersebut berkualiti profesional dengan paparan siaran langsung yang berinteraksi dengan penonton semasa anda bermain. Kami dengan sukacitanya melaporkan Razer mempunyai produk hebat yang mempunyai potensi untuk meningkatkan kualiti siaran langsung anda dan berinteraksi bersama penonton dengan cara yang baru.

Seiren Emote mempunyai paparan 8-bit di bahagian hadapan yang memaparkan pelbagai emote tanpa had berdasarkan apa sahaja keadaan yang anda mahukan. Selepas menyambungnya, PC anda secara automatik akan install Razer Synapse 3 dan Streamer Companion App. Dari aplikasi ini, anda boleh memilih emote umum yang dipaparkan semasa anda bermain, sama ada dalam statik atau animasi, atau anda boleh membuat sendiri.

Dari sana, anda boleh pilih emote yang spesifik untuk dipaparkan apabila anda mendapat follower atau subscriber baru. Malah anda boleh menetapkan perkataan atau frasa tertentu untuk nyalakan emote. Streamer Companion App bersambung dengan Twitch dan Streamlab supaya memudahkan kerja streamer untuk bersiaran langsung dengan emote yang berubah secara automatik.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga menyokong semua peranti Razer Chroma dan apa sahaja yang membolehkan kroma, termasuk sistem Hue’s Smart Light. Sekiranya anda mempunyai aksesori yang membolehkan Chroma, semuanya boleh diprogram dengan mudah dan intuitif untuk bertindak balas kepada keadaan tertentu. Kini, apabila anda mendapat subcriber baru, mikrofon anda akan memancarkan emote dan headset, papan kekunci, tetikus, dan lampu Hue anda akan berkelip dan menyalakan warna, lalu mewujudkan saat interaktif yang menarik dengan penonton.

Seiren Emote sangat mirip dengan Razer Seiren X, sebuah mikrofon lain yang popular untuk streamer dan podcaster. Corak hyper-cardioid bermakna bahawa mikrofon ini sangat bagus untuk menangkap butiran dalam suara anda sambil menghilangkan bunyi latar belakang. Ia dilengkapi dengan kabel usb mikro dan mempunyai port untuk headset anda, yang perlu anda gunakan kerana PC memerlukan Seiren Emote ditetapkan sebagai default input dan output device untuk berfungsi.

Rangka anti-shock yang dibina ke dalam badan mikrofon bertujuan untuk menyerap bunyi yang tidak disengajakan atau memberi impak semasa bersiaran langsung, kerana kebanyakkan streamer dikenali untuk menjadi sangat lasak semasa dalam permainan. Seiren Emote juga akan terus berfungsi, jadi jika anda bukan seorang steamer atau anda tidak mahu pening kepala dengan aplikasi baru, anda boleh terus pasangkan mikrofon itu dan mula menggunakannya.

Saya suka bahawa Razer bersemangat untuk mencipta produk untuk streamer yang bantu meningkatkan hubungan mereka bersama penonton. Seiren Emote kelihatan seperti permulaan peranti inovatif untuk arus perdana dan saya teruja untuk melihat apa yang mereka akan hasilkan seterusnya. Razer Seiren Emote kini boleh didapati dengan nilai harga RM699 dan boleh dibeli di Lazada atau Shopee. Anda boleh tahu lebih lanjut di laman web rasmi Razer.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 8-bitMikrofonRazer ChromaRazer Seiren EmoteRazer Synapse 3StreamerStreamer Companion AppStreamlabTwitch
Previous Post

Warcraft 3: Reforged akan memulakan Multiplayer Beta minggu ini!

Next Post

Game PERCUMA untuk PS PLUS November ialah Nioh & Outlast 2!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game PERCUMA untuk PS PLUS November ialah Nioh & Outlast 2!

Game PERCUMA untuk PS PLUS November ialah Nioh & Outlast 2!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd