Setelah sekian lama bertapak dalam dunia gaming, game sci-fi shooter Warframe kini boleh dimuat turun oleh pengguna Android melalui Google Play Store.
Dengan komuniti global yang kini mencecah lebih 85 juta orang, pemain akan menggalas watak Tenno; pahlawan purba yang mengawal sut bio-logam canggih untuk mempertahankan sistem suria daripada ancaman perang.

Salah satu ciri utama versi Android adalah sokongan penuh terhadap fungsi Cross Platform Play dan Cross Platform Save. Ini bermakna pemain Android tidak akan dipisahkan dalam server yang berbeza, sebaliknya mereka boleh terus beraksi bersama rakan di PC, PlayStation, Xbox, iOS, mahupun Nintendo Switch secara serentak.
Pada masa yang sama, Digital Extremes turut mengacah edisi Nintendo Switch 2 yang bakal “tiba tidak lama lagi.”

Warframe bermula pada tahun 2013 sebagai projek beta kecil dengan pilihan watak dan peta yang sangat terhad. Namun, kini telah berevolusi menjadi salah satu game live-service paling berpengaruh dengan menawarkan 20 planet untuk diterokai, empat kawasan open-world yang sangat luas, serta lebih daripada 30 cinematic story quest.
Kemasukan versi Android ini berlaku sejurus selepas pelancaran kemas kini The Old Peace. Dengan hampir 65 pilihan Warframe unik yang boleh dikumpul (di mana setiap satunya mempunyai kuasa tersendiri) pemain diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menentukan gaya permainan dan melakukan customization tanpa had.

Istimewa buat pengguna Android, mereka yang memuat turun dan log masuk ke dalam game sebelum 4 Mac akan menerima ganjaran Cumulus Collection.
Pek permulaan eksklusif ini mengandungi kosmetik khas untuk senjata dan perisai, serta resource booster yang sangat membantu pemain baharu meningkatkan tahap kemajuan mereka dengan lebih cepat.

Untuk memastikan kelancaran permainan, peranti perlu memenuhi kriteria teknikal berikut:
- Sistem Operasi: Android 12.0 atau versi lebih baharu
- Pemproses: 64-bit ARM64
- Memori (RAM): Minimum 4GB









Discussion about this post