HoYoverse telah mengumumkan bahawa kemas kini Genshin Impact Version Luna V, yang bertajuk “Song of the Welkin Moon: Variation – Homeward, He Who Caught the Wind,” dijadualkan untuk keluar pada 25 Februari 2026.
Varka, Grand Master Knights of Favonius
Tumpuan utama dalam kemas kini ini sudah pastinya adalah Varka. Dikenali sebagai Knight of Boreas dan Grand Master Knights of Favonius, Varka hanya disebut-sebut dalam jalan cerita. Kini, beliau secara rasmi menyertai senarai watak sebagai pengguna Anemo Claymore bertaraf 5-star.
Gameplay Varka bakal membawa kelainan dengan mekanik dual-wielding. Beliau menggunakan dua claymore secara serentak, membolehkannya menghasilkan dua jenis Elemental DMG pada masa yang sama.
Elemental Skill miliknya juga sangat versatil: pedang di tangan kiri memberikan DMG Anemo, pedang di tangan kanannya pula menyerap elemen rakan sepasukan. Ini membolehkan beliau menerapkan elemen Pyro, Hydro, Electro, atau Cryo ke dalam serangannya bergantung kepada komposisi pasukan anda.
Selain itu, efek “Hexerei” miliknya memudahkan team rotation, memberikan akses kepada Charged Attack tanpa menggunakan stamina.

Pemain boleh mendalami kisahnya melalui Story Quest baharu, di mana Varka memimpin pertahanan menentang bencana “Wild Hunt” yang mengancam Great Wolf King of the North. Sebagai bonus tambahan, pemain yang berjaya menewaskan serpihan Wolf Spirit dalam combat boleh membuka kosmetik baharu untuk senjata Varka secara percuma.
Banner
Fasa pertama menampilkan Varka bersama rerun untuk Flins. Fasa kedua pula beralih fokus ke Skirk dan Escoffier. Bagi mereka yang ingin melengkapkan koleksi Mondstadt, banner Chronicled Wish juga akan kembali, khususnya menampilkan watak-watak dari City of Freedom.
Echoes of Memory

“Echoes of Memory” menjemput pemain untuk melawat semula lokasi ikonik dari hari-hari awal pengembaraan mereka. Dengan menggunakan “Spotter Kamera”, pemain akan mencari perubahan kecil dalam babak-babak yang dikenali—seperti permainan “cari perbezaan” yang membangkitkan nostalgia bab-bab awal permainan.
Knights of Favonius juga akan menganjurkan beberapa aktiviti menarik:
- Sediakan Minuman: Sebuah mini game di mana anda membancuh minuman mengikut cita rasa watak kegemaran.
- Knight Shadows: Cabaran pertempuran intensiti tinggi di mana pemain boleh menyeru bantuan bayang untuk mengeksploitasi kelemahan musuh.
- Cabaran Gliding: Laluan udara baharu yang memanfaatkan arus angin unik di Mondstadt.
- Ganjaran: Menyelesaikan acara-acara ini akan memberikan skin Catalyst bertemakan “bola kristal” yang dipanggil “Phantasmal Gift: Star Omen.”
Ciri-Ciri Baharu dan Kosmetik
Mod pertahanan strategik baharu akan mencabar pemain untuk melindungi objektif daripada gelombang musuh, dan sistem “Travelers’ Tales” pula akan menerima penambahan kandungan yang besar.
Selain itu, Miliastra Wonderland akhirnya akan melancarkan ciri integrasi suara, menawarkan cara yang lebih imersif untuk berinteraksi dengan dunia permainan. Untuk meraikan kemas kini ini, HoYoverse memberikan set kosmetik “Owl Envoy” untuk sistem Manekin/Manekina secara percuma melalui aktiviti dalam game.
Genshin Impact kini boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, PC, dan peranti mobile.









Discussion about this post