Studio dari China, San San Er Chuan telah mendedahkan On the Edge, sebuah RPG Wuxia single-player baru yang akan dilancarkan untuk platform PC.
Game ini sedang dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5 oleh pasukan sama di sebalik siri animasi popular Zhen Dao Ge (turut dikenali sebagai Pillow Knife Song atau Journey of the White Edge).
Walaupun tarikh pelancaran masih belum ditetapkan, pihak studio memberikan gambaran awal bagi projek tersebut. Mereka menyifatkannya sebagai satu turn-based berdefinisi tinggi dengan matlamat untuk mengekalkan “semangat dan estetika Wuxia.”

Gameplay menunjukkan bahawa On the Edge akan cuba menggabungkan strategi turn-based tradisional dengan aksi lincah sinema wuxia. Menurut pembangun, sistem combat direka agar “memukau,” menampilkan aksi seni bela diri dengan koreografi yang dimainkan semasa setiap giliran.
Pendekatan ini memberikan impak visual dan berintensiti tinggi (elemen yang biasanya hanya ada dalam real-time action game) sambil mengekalkan ciri taktikal sebuah RPG.

Bagi peminat karya asal, On the Edge berlatarbelakangkan semesta yang sama dengan animasi Zhen Dao Ge, namun akan menampilkan protagonis serba baru serta jalan cerita yang asli.
Bagaimanapun, San San Er Chuan mengesahkan bahawa game ini akan mengekalkan hubungan naratif dengan siri animasi tersebut, termasuk kemunculan atau interaksi dengan watak-watak yang sudah dikenali ramai.

Animasi Zhen Dao Ge mula ditayangkan pada tahun 2021 dan pantas mengumpul kelompok peminat setia (cult following), terutamanya disebabkan gaya visual cel-shaded serta koreografi lawan yang hebat.
Sirinya mengisahkan He Fangzhi, seorang pahlawan yang menempuh jalan dendam setelah keluarganya dikhianati dan dibunuh beramai-ramai.









Discussion about this post