Dengan demo yang akan dilancarkan esok dan tarikh keluaran penuh ditetapkan pada 6 Februari, akhirnya kita boleh bercakap tentang Nioh 3. Selepas enam tahun penantia sambil melihat Team NINJA bereksperimen dengan judul seperti Wo Long dan Rise of the Ronin, studio ini akhirnya kembali kepada siri kebanggaan mereka.
Game ini tidak hanya bergantung pada reputasi asalnya iaitu “rasa combat yang berat” atau “tahap kesukaran yang kejam.” Sebaliknya, ia memperkenalkan dua evolusi besar: open map dan aksi berasaskan ninja.
Jadi, adakah sekuel ini setanding atau malah lebih hebat daripada pendahulunya? Inilah ulasan penuh kami.
Plot dan Pengembaraan Menjelajah Sejarah

Cerita bermula pada tahun 622 di Istana Edo. Apa yang sepatutnya menjadi detik Tokugawa Takechiyo (dalam sejarah dikenali sebagai Tokugawa Iemitsu) menaiki takhta shogun berubah menjadi neraka dunia, berpunca daripada kuasa yokai yang dibangkitkan oleh adiknya, Tokugawa Kunimatsu.
Ini bukan sekadar rampasan kuasa tipikal… Semangat jahat purba bernama Hiruko menggunakan dendam manusia untuk mengikat entiti (yang dipanggil “The Crucible”) pada titik permulaan beberapa era berbeza dalam sejarah Jepun.

Terperangkap dalam sumpahan masa, misi Takechiyo bukan sekadar tentang kelangsungan hidup. Dia perlu mengembara merentasi zaman Sengoku, era Heian, zaman purba, malah era Bakumatsu, bertarung melalui zaman-zaman yang telah rosak ini untuk membaiki sejarah itu sendiri.
Sepanjang perjalanan, dia membesar daripada seorang tuan muda yang naif menjadi pemerintah sejati. Nioh 3 membawakan kisah penebusan yang epik, dengan mengikat nasib peribadi protagonis secara langsung dengan garis masa sejarah Jepun.

Premis perjalanan masa ini bukan sekadar gimik. Ia membolehkan anda merasai sendiri beberapa era paling menarik dalam sejarah Jepun, beradu pedang atau berdiri bahu-membahu dengan legenda seperti Takeda Shingen, Minamoto no Yoritomo, dan Himiko.
Perikatan Kunimatsu dengan Hiruko memberikan satu punca tragis yang menyatukan semua bencana yang tersebar merentasi zaman.
Sementara itu, watak sejarah yang diolah semula—seperti Hattori Hanzo yang berperanan sebagai mentor ninja anda—memberikan latar fantasi ini tekstur dan jiwa sejarah yang sebenar, menjadikan dunia ini terasa hidup.

Apa yang paling mengagumkan, Team NINJA menjadikan naratif merentasi sejarah ini sebagai pengalaman gameplay yang sebenar, di mana setiap serangan dan setiap langkah eksplorasi terasa seperti satu keperluan dalam ujian besar ini.
Open Map dan Sistem Combat Dua Gaya

Perubahan terbesar dalam Nioh 3 adalah peralihan daripada reka bentuk level yang linear kepada open map. Ini bukanlah dunia terbuka luas yang dipenuhi tanda tanya, sebaliknya ia adalah beberapa zon tempur padat yang bersambung. Dalam rangka misi, pemain kini mempunyai kebebasan yang jauh lebih besar untuk meneroka.
Side quest, kubu musuh, pertarungan satu lawan satu menentang pahlawan handalan, serta elemen interaktif seperti patung Kodama dan Bloody Grave bertaburan di merata tempat, menjadikan eksplorasi itu sendiri faktor utama untuk watak anda menjadi lebih kuat.

Kebebasan ini membolehkan anda menentukan pendekatan sendiri.
Pemain boleh terus meluru ke objektif utama, meneroka setiap sudut sambil memajukan cerita, atau grinding untuk mendapatkan kelengkapan dan menaikkan level sebelum menghadapi bos; lantas membolehkan anda menjadi over-level untuk cabaran tertentu (walaupun kemenangan tidak dijamin kerana game ini masih kejam).

Selain open map, Nioh 3 memperkenalkan jenis kawasan baharu yang dikenali sebagai “The Crucible.” Jika peta meluaskan gameplay secara mendatar, The Crucible pula memberikan cabaran secara vertikal. Ini adalah zon berkesukaran tinggi yang mengubah peraturan gameplay sepenuhnya.

Di dalam The Crucible, pemain akan mengalami “Life Corrosion”: setiap serangan yang diterima akan mengurangkan HP maksimum secara kekal. Pemulihan hanya boleh dilakukan dengan bertindak agresif, mencederakan musuh, atau menggunakan item tertentu.
Mekanik ini mengubah pertahanan pasif menjadi desakan tanpa henti untuk menyerang, meningkatkan ketegangan dan taktik, serta mencerminkan falsafah francais iaitu “menempuh maut untuk terus hidup.”

Setiap Crucible mempunyai bahaya bertemakan era masing-masing: Scorching Crucible era Sengoku yang panas berapi, atau Frozen Crucible era Heian yang memperlahankan pergerakan dengan kesejukan melampau. Setiap zon menawarkan cabaran persekitaran yang tersendiri.
Ia adalah zon high-risk, high-reward, di mana musuh menjatuhkan senjata Crucible yang rare dan menawarkan peluang lebih tinggi untuk mendapat loot yang jarang ditemui… menjadikannya sukar untuk ditolak bagi pemain yang memburu kuasa.

Melengkapkan semua ini adalah pengenalan dua gaya tempur berlainan: Samurai dan Ninja. Ini bukan pemilihan kelas, tetapi sistem dinamik yang memerlukan kemahiran pertukaran dan ‘adaptability’ secara real-time.

- Gaya Samurai adalah spiritual successor kepada combat asas siri ini dengan kemahiran Ki Pulse, penukaran stance untuk menyesuaikan diri, dan penggunaan Martial Skill untuk menyambung serangan selepas pelaksanaan tepat bagi combo yang lancar. Ia melambangkan konfrontasi secara berhadapan.
- Gaya Ninja pula mengubah rentak combat sepenuhnya. Teknik seperti Mist membolehkan anda melarikan diri dengan pantas selepas menyerang, manakala gaya permainan fokus tikaman belakang memberikan damage yang besar. Ninjutsu memberikan tekanan jarak jauh, dan Evade (perfect-dodge counter) memperkenalkan tindak balas berisiko tinggi tetapi berbaloi. Gaya Ninja menekankan mobiliti, dan letusan damage yang tinggi.

Jambatan antara kedua-duanya adalah sistem “Style Shift.” Dengan menekan R2, pemain boleh menukar gaya serta-merta termasuk mengubah set pergerakan, skil, dan kelengkapan serta-merta.
Semasa serangan “ultimate” musuh berwarna merah, Style Shift membolehkan penggunaan Burst Break yang kuat, mematahkan teknik musuh dan melakukan damage yang besar. Combat tidak lagi terikat pada satu tempo, tetapi kombinasi antara Samurai dan Ninja.
Pemain mungkin menangkis serangan sebagai Samurai, kemudian serta-merta bertukar ke bentuk Ninja untuk menyerang dari belakang. Tahap kebebasan ini membawa aksi ke tahap baharu.

Walaupun pembangun menyatakan game boleh ditamatkan dengan hanya satu gaya, pengalaman praktikal mengesahkan bahawa penggunaan Style Shift secara efektif mengurangkan kesukaran dengan ketara dan menambah keseronokan dalam combat.
Sistem Perkembangan Watak dan Skil

Nioh 3 mengembangkan lagi ciri-ciri siri ini dengan sistem progression yang lebih peribadi dan rumit.
Kemajuan watak masih berpusat pada Amrita, tetapi sistem skill telah melalui rombakan besar. Game ini memperkenalkan sistem “Skill Capacity,” yang memerlukan pemain melengkapkan skil yang dipelajari dalam had kapasiti di antara tiga kategori: General, Samurai, dan Ninja.
Anda tidak boleh lagi melengkapkan semua benda; setiap pilihan adalah penting untuk memperkukuhkan gaya permainan yang berbeza dan menggalakkan pengubahsuaian.

Sistem kelengkapan juga disesuaikan dengan setiap gaya tempur, dengan loadout berasingan untuk Samurai dan Ninja. Martial Skill dan Ninjutsu dipelajari dengan menggunakan item “Lock,” dan banyak teknik tambahan dibuka melalui eksplorasi dan menewaskan musuh elit.

Sistem Soul Core dan Onmyo Magic kini disepadukan agar lebih ‘ketat’. Yokai Soul Core boleh dimasukkan ke dalam slot Yang atau Yin Onmyo untuk menyediakan alat sihir yang berbeza. Alat ini bukan sahaja kuat (sebagai contoh boleh memanggil sekutu yokai) tetapi juga boleh diisi semula secara percuma di Shrine.
Ini sangat menggalakkan penggunaannya dalam combat biasa.

Sistem ikonik “Living Artifact” (sebelum ini Yokai Shift) kekal sebagai mekanik hebat. Dengan menggantikan HP dengan tolok Amrita, menghapuskan penggunaan Ki, dan menguatkan set pergerakan, ia menyediakan mekanik comeback yang kritikal semasa pertarungan bos atau pertarungan di ambang kekalahan.
Kualiti Visual dan Reka Bentuk Grafik

Team NINJA mengekalkan keunikan gelap dan estetika Jepun, dari bandar istana yang dipenuhi bunga sakura hingga ke neraka yang dibanjiri lava. Reka bentuk watak dan yokai disesuaikan sejarah dengan imaginasi liar, dan pertarungan bos khususnya memberikan tontonan visual yang sangat memukau mata.

Pendapat
Secara keseluruhan, Nioh 3 adalah sekuel cemerlang yang berevolusi daripada asasnya yang sudah sedia kukuh. Kejayaan terbesarnya terletak pada bagaimana open map meluaskan eksplorasi dan rentak gameplay secara drastik, manakala sistem dua gaya tempur memberikan strategi, variasi, dan aksi berlainan.
Paling penting, perjalanan merentasi sejarah Jepun bukan sekadar tarikan kecil, tetapi bersatu padu dengan sistem gameplay, membolehkan pemain merasai pelbagai era ikonik dalam satu pengembaraan.

Walau bagaimanapun, ada beberapa kompromi. Mekanik asas dan sistem progression sebahagian besarnya diwarisi daripada entri terdahulu, yang bermakna pemain yang mencari sesuatu yang lebih unik mungkin merasakan elemen baharunya agak terhad.
Selain itu, penggunaan semula aset agak ketara, di mana banyak pertarungan bos menampilkan wajah-wajah biasa dari game-game lalu, yang sedikit mengurangkan variasi reka bentuk musuh.

Nioh 3 tahu apa yang ia mahukan. Ia tidak direka untuk mengubah segalanya, tetapi untuk mengangkat formula yang terbukti berjaya ke tahap, dan kualiti yang baharu. Bagi mereka yang mencintai Nioh dan mencari ujian yang lebih pelbagai, ini adalah pewaris yang solid.

Game ini bakal dilancarkan pada 6 Februari 2026, untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari SINI.
The Review
Nioh 3
Nioh 3 berjaya mengembangkan formula aksi hardcore Team NINJA dengan memperkenalkan eksplorasi Open Map serta sistem combat dua gaya Samurai dengan Ninja. Naratifnya membawa pemain mengembara merentasi masa melalui era ikonik Jepun, di samping memasukkan sistem progression luas dan cabaran berisiko tinggi seperti "The Crucible." Walaupun ia masih bergantung pada mekanik biasa dan aset yang digunakan semula, strategi yang diperluas serta pelaksanaan yang kemas menjadikannya sekuel cemerlang bagi peminat genre ini.
PROS
- Open Map meningkatkan eksplorasi dan kebebasan pemain.
- Dua gaya tempur memperkenalkan strategi dan combat yang segar
- Naratif perjalanan masa membolehkan pelbagai era ikonik dirasai dalam satu perjalanan
- Kesatuan antara naratif dan sistem gameplay, memberikan immersion
- Sistem combat mengekalkan rasa "kepuasan" yang menjadi tanda siri ini
CONS
- Struktur asas tidak banyak berubah dari entri terdahulu, yang mungkin mengecewakan pemain yang mengharapkan perubahan besar
- Penggunaan semula aset yang tinggi, dengan banyak bos lama mengurangkan variasi reka bentuk musuh









Discussion about this post