Bandai Namco dan pembangun Spike Chunsoft telah membentangkan roadmap bagi tahun 2026 untuk Dragon Ball: Sparking ZERO, dengan tarikan utamanya merupakan satu DLC expansion besar yang akan tiba sekitar Jun-September 2026 serta kandungan percuma yang bermula hari ini.
Mission 100

Bermula hari ini, para pemain boleh mencuba mod “Mission 100” yang baru ditambah melalui kemaskini percuma. Mod ini adalah spiritual successor kepada mod yang sangat digemari dari Dragon Ball Z: Budokai Tenkaichi 3, di mana pemain dicabar untuk menyelesaikan senario-senario khusus menggunakan watak kegemaran mereka.
Susulan daripada itu, pasukan pembangun mengesahkan bahawa “Survival Mode” klasik juga sedang dibangunkan dan dijadualkan tiba sebagai kemaskini percuma sekitar Mac-Jun 2026 nanti.
Expansion Besar-Besaran
Walau bagaimanapun, berita paling besar adalah mengenai kandungan DLC “utama” yang bakal dilancarkan Jun-September 2026 ini. Bandai Namco menyifatkan expansion ini sebagai “padat,” dan senarai wataknya menunjukkan bahawa mereka sedang meneroka sejarah francais ini secara mendalam untuk meluaskan lagi senarai fighter.
Penambahan yang disahkan termasuk:
- King Piccolo
- Super Android 17
- Super Saiyan Bardock

Selain watak baharu, expansion ini akan memperkenalkan stage baharu, mod permainan baharu, dan kostum baharu, termasuk pakaian zaman kanak-kanak untuk Gohan. Mungkin yang paling menarik bagi pemain kompetitif adalah penambahan kandungan “battle customization”.
Ciri ini membolehkan pemain membuka dan melengkapi serangan super baharu khusus untuk Goku dan Vegeta, sekaligus mempelbagaikan lagi gaya permainan kedua-dua protagonis tersebut.
Info Buat Pemain Nintendo Switch & Switch 2

Bagi mereka yang bermain di konsol Nintendo, tempoh masa pelancaran adalah sedikit berbeza. Pembangun memaklumkan bahawa pelancaran untuk kedua-dua Switch dan Switch 2 tidak akan selari sepenuhnya dengan jadual PlayStation, Xbox, dan PC.
Walaupun tarikh khusus belum diberikan untuk ketibaan kandungan baharu ini di platform Nintendo, Bandai Namco mengesahkan bahawa DLC yang telah dilancarkan sebelum ini (yang sudah tersedia di konsol lain) akan mula tiba di Switch dan Switch 2 bermula Jan-Feb 2026.
Dragon Ball: Sparking ZERO kini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC melalui Steam, Nintendo Switch, dan Switch 2.









Discussion about this post