Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Adaptasi Novel & Donghua Popular, Lord of Mysteries Bakal Hadir Dalam Bentuk MMORPG!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 15, 2026
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, MMORPG, Mobile, PC
0 0
0
Adaptasi Novel & Donghua Popular, Lord of Mysteries Bakal Hadir Dalam Bentuk MMORPG!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memikat hati para penonton melalui siri animasinya (donghua), kini giliran MMORPG Lord of Mysteries untuk mengambil perhatian selepas mendedahkan gameplay terkini baru-baru ini

Buat masa ini, sebuah ujian beta peringkat awal akan dibuka secara eksklusif di China. Tetapi, pelancaran di peringkat global juga pun berada dalam perancangan. Pasukan pembangun memberi jaminan bahawa apabila game ini dilancarkan nanti, ia boleh dimainkan di platform PC dan peranti mobile (Android/iOS).

Untuk konteks, Lord of Mysteries merupakan sebuah projek MMORPG hasil SPARK NEXA, yang diadaptasi daripada novel web Cina terkenal yang sama karya Cuttlefish That Loves Diving.

Latar belakang cerita membawa pemain ke sebuah dunia seakan-akan era Victoria di Eropah, di mana jentera perindustrian, dan bandar-bandar yang sedang pesat membangun menjadi pemandangan biasa.

Namun, di sebalik kemajuan teknologi ini, tersembunyi sebuah realiti lain yang dipenuhi unsur mistik, organisasi-organisasi rahsia, dan kewujudan makhluk ghaib.

Masyarakat awam hidup dalam ketidaktahuan mengenai dunia tersembunyi ini, yang sentiasa dikawal selia oleh badan-badan rasmi yang mempunyai kaitan dengan gereja dan dewa-dewa demi mengelakkan tercetusnya panik dan kekacauan.

Plot utama dalam novel berkisar tentang seorang pemuda dari negara China pada zaman moden yang rohnya berpindah ke dalam jasad seorang lelaki bernama Klein Moretti di dunia alternatif tersebut.

Sebagai Klein, dia terpaksa menyesuaikan diri dalam masyarakat baharu ini, sambil berusaha mencari jalan pulang dan pada masa yang sama, terlibat dengan kuasa-kuasa ghaib dari dunia itu.

Konsep utama dalam Lord of Mysteries adalah sistem “Beyonder”. Seseorang boleh mendapatkan kuasa selepas meminum posyen istimewa.

Proses ini akan menempatkan mereka dalam satu laluan yang dikenali sebagai “Pathway”, iaitu sebuah sistem kuasa yang mempunyai 10 peringkat, bermula daripada Sequence 9 sehinggalah ke tahap tertinggi, Sequence 0, yang setaraf dengan dewa.

Ada 22 Pathways yang diketahui, dan setiap satunya mempunyai tema tersendiri seperti “The Fool”, “The Hanged Man”, atau “The Sun”, yang memberikan abiliti berbeza di setiap peringkat.

Walau bagaimanapun, perjalanan untuk menjadi lebih berkuasa amatlah berisiko; golongan Beyonder boleh hilang kawalan dan berubah menjadi raksasa sekiranya mereka melalui proses kemajuan yang salah atau terdedah kepada ilmu terlarang.

MMORPG ini tidak mengikut semula plot novel, sebaliknya ia merupakan sebuah lanjutan cerita yang dianggap sebahagian daripada naratif rasmi dunia tersebut.

Garis masa permainan ditetapkan dua tahun selepas peristiwa dalam buku pertama berakhir, sekali gus memberi peluang kepada pemain untuk melihat dunia ini dari sudut pandang yang baharu.

Tags: Lord of Mysteries
ShareTweetSend
Previous Post

Memiliki Lebih Banyak DLC Monster Hunter Wilds Akan Membuat Gameplay PC Lebih Lancar? Ini Penjelasannya!

Next Post

Siri REDMI Note 15 Rasmi Lancar Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM799!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Siri REDMI Note 15 Rasmi Lancar Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM799!

Siri REDMI Note 15 Rasmi Lancar Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM799!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd