Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RPG ‘Mushoku Tensei: Chronicle of Echoes’ Diumumkan Untuk iOS & Android!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 12, 2026
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
RPG ‘Mushoku Tensei: Chronicle of Echoes’ Diumumkan Untuk iOS & Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah RPG mobile baharu berdasarkan siri anime popular, Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation, bakal tiba pada tahun 2026.

Dibuat oleh GREE bersama pembangun ASOBIMO, game ini diberi judul “Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation – Chronicle of Echoes,” dan akan dilancarkan untuk peranti iOS dan Android di Jepun, serta boleh dimuat turun secara percuma dengan pilihan pembelian dalam aplikasi.

Pengumuman ini adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun kelima anime Mushoku Tensei. Siri ini mengisahkan tentang seorang lelaki berusia 34 tahun yang tidak bekerja dan mengasingkan diri, kemudian menemui ajal dalam sebuah kemalangan sebelum dilahirkan semula di dunia fantasi yang penuh dengan sihir.

Berbekalkan memori dari kehidupan masa lalunya, dia yang kini dikenali sebagai Rudeus Greyrat, berazam untuk memanfaatkan peluang kedua ini sepenuhnya.

“Chronicle of Echoes” dilaporkan ingin memberi sebuah pengalaman RPG 3D yang imersif, membolehkan pemain terlibat dalam combat yang dinamik dalam dunia fantasi tersebut.

Walaupun maklumat terperinci mengenai gameplay masih dirahsiakan, teaser yang dikeluarkan mengacah bahawa pemain akan dapat mengimbau kembali perjalanan cerita anime, bermula dari musim pertama.

Ini bukan cubaan pertama Mushoku Tensei dalam arena mobile gaming; game sebelumnya yang bertajuk “Mushoku Tensei: Game ni Natte mo Honki Dasu” telah dilancarkan pada tahun 2021 namun telah menamatkan perkhidmatannya pada tahun 2022.

Oleh kerana tarikh pelancarannya masih agak lama, maklumat lanjut mengenai mekanik gameplay, senarai watak yang akan ditampilkan, serta kemungkinan kandungan cerita permainan dijangka akan diumumkan dalam beberapa bulan yang akan datang.

Tags: Mushoku Tensei: Chronicle of Echoes
ShareTweetSend
Previous Post

Black Clover – Asta & Yuno Cipta Takdir Sendiri, Pertarungan Finale Akhirnya Tamat (SPOILER!)

Next Post

Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation Season 3 Akan Bersambung Julai 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation Season 3 Akan Bersambung Julai 2026!

Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation Season 3 Akan Bersambung Julai 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd