Season 3 bagi siri anime Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation telah disahkan akan mula bersiaran pada Julai 2026. Berita ini diumumkan oleh pasukan produksi anime, yang turut melancarkan sebuah visual teaser baharu.
Pengumuman rasmi ini dibuat sewaktu satu acara istimewa sempena sambutan ulang tahun kelima anime “Mushoku Tensei,” sekaligus mengesahkan kesinambungan kisah Rudeus Greyrat. Dalam visual yang dikongsikan, watak Eris Boreas Greyrat ditonjolkan.
Ini menandakan kepulangannya ke jalan cerita utama serta perkembangannya sebagai seorang pahlawan sejak meninggalkan Rudeus pada penghujung musim pertama.
Studio Bind, yang sebelum ini bertanggungjawab menghasilkan dua musim pertama, disahkan akan kembali menerajui produksi untuk musim ketiga.
Selain itu, barisan staf utama juga akan kembali menggalas tugas masing-masing, termasuklah Ryosuke Shibuya yang akan mengarahkan siri ini, Sanae Shimada dan Ryota Furukawa yang akan menguruskan reka bentuk watak, serta Yoshiaki Fujisawa sebagai komposer muzik.









Discussion about this post