Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact Version Luna IV – Akan Pada Tiba 14 Januari Bersama Tiga Watak Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 5, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG, Xbox Series X|S
0 0
0
Genshin Impact Version Luna IV – Akan Pada Tiba 14 Januari Bersama Tiga Watak Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse bakal memulakan tahun 2026 dengan Update Version Luna IV untuk Genshin Impact. Versi tersebut, yang bertajuk “Song of the Welkin Moon: Postlude – A Traveler on a Winter’s Night,” akan dilancarkan pada 14 Januari.

Kemas kini ini akan menambah pelbagai kandungan baharu, termasuk dua watak 5-star baharu, festival Lantern Rite, dan klimaks bagi jalan cerita yang sedang berlangsung di wilayah Nod-Krai.

Wajah-wajah Baharu di Teyvat

Para pemain akhirnya berpeluang untuk mendapatkan Columbina, juga dikenali sebagai Moon Maiden, ke dalam senarai watak mereka. Pertama kali muncul dalam teaser pada tahun 2022 sebagai salah seorang daripada Eleven Fatui Harbingers, beliau telah menjadi watak utama dalam naratif Nod-Krai selepas meninggalkan Fatui.

Dalam kemas kini ini, beliau muncul sebagai watak Hydro 5-star yang menggunakan catalyst, dengan kebolehan support yang berkait dengan “Lunar Reaction” baharu. Abiliti uniknya membolehkan beliau menghasilkan damage walaupun tidak berada di medan lawan dan meningkatkan elemental reaction istimewa ini untuk seluruh pasukan.

Beliau juga boleh menghidupkan semula rakan sepasukan yang telah tewas.

Turut serta ialah Zibai, watak Geo 5-star baharu dari Liyue yang menggunakan Sword. Dikenali di Liyue sebagai White Horse Adeptus, Zibai ialah damage dealer yang cemerlang dalam elemental reaction serba baharu.

Genshin Impact Versi Luna IV memperkenalkan elemental reaction baharu yang dipanggil Lunar-Crystallize, yang tercetus apabila elemen Geo dan Hydro bertemu di bawah keadaan tertentu. Reaction ini menyeru “Moondrift” untuk menyerang musuh, dan berakhir dengan letusan damage Geo area-of-effect yang kuat.

Walaupun Columbina menjadi pemakai utama mekanik baharu ini, Zibai pula direka untuk memaksimumkan potensi damage dengan serangan Lunar-Crystallize bertalu-talu.

Kemas kini ini juga memperkenalkan watak 4-star baharu, Illuga, pengguna polearm Geo dari puak Lightkeepers di Nod-Krai yang bertarung bersama seekor burung utusan.

Character event wish akan dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama akan menampilkan Columbina di samping rerun untuk Ineffa. Fasa kedua pula akan memperkenalkan Zibai dan Illuga, dengan rerun banner untuk watak popular, Neuvillette.

Klimaks di Lokasi Baharu

Kisah utama sedang menuju ke kesimpulan di wilayah misteri Nod-Krai. Archon Quest terbaharu meminta Traveler dan sekutu mereka berhadapan dengan Il Dottore, Harbinger kedua dalam Fatui.

Dengann kuasa Moon Marrows, Il Dottore akan menarik pemain ke dalam domainnya untuk pertarungan epik di mana realiti itu sendiri diubah mengikut kehendaknya. Menyelesaikan quest ini akan memberi ganjaran kepada pemain berupa outfit serba baharu untuk Traveler.

Barangan kosmetik ini juga didatangkan dengan bonus unik, memberikan stat buff yang menjadi lebih kuat apabila Traveler berresonasi dengan lebih banyak elemen di seluruh Teyvat.

Untuk menampung babak baharu ini, kawasan Nod-Krai diperluas buat kali pertama, mendedahkan sebuah pulau baharu. Kawasan ini termasuk Piramida, ibu pejabat Lightkeepers, sebuah puak yang berjuang untuk menentang ancaman Wild Hunt.

Hadiah Tahun Baharu

Di Liyue, festival tahunan Lantern Rite sekali lagi akan menerangi pelabuhan untuk menyambut tahun baharu di Teyvat. Perayaan tahun ini, yang bermula pada 30 Januari, memfokuskan pada kisah para adepti, mendedahkan bagaimana Zibai yang suka menyendiri kembali semula ke dunia manusia.

Pemain boleh mengambil bahagian dalam pelbagai minigame seperti menulis hajat pada Xiao Lantern untuk dikongsi dengan orang lain dan mengumpul Fortune Coin dari Auspicious Treasure Tree untuk ditukar dengan hadiah-hadiah istimewa.

Kemas kini ini padat dengan ganjaran untuk pemain. Acara login akan memberikan 10 Intertwined Fate, dan tambahan 1,600 Primogem akan dihantar melalui e-mel dalam game.

Semasa acara Lantern Rite, pemain boleh mendapatkan outfit serba baharu untuk watak Liyue, Yaoyao, dan juga berpeluang untuk menjemput satu watak empat bintang dari Liyue untuk menyertai pasukan mereka secara percuma.

Selain outfit percuma untuk Traveler dan Yaoyao, outfit premium baharu untuk Neuvillette akan tersedia di kedai dalam game dengan diskaun untuk masa terhad.

Kemas kini lain termasuk “Classic Mode” baharu untuk Miliastra Wonderland, sebuah sistem kandungan janaan pengguna di mana pemain kini boleh menjemput watak-watak dari Teyvat untuk menyertai pengembaraan yang mereka cipta.

Craftsperson Guide: Editor and Miliastra Sandbox Feature Upgrades#GenshinImpact #MiliastraWonderland

Coming Soon: Genshin Impact Version "Luna IV"✨
Let's take a look at the new creation features and optimizations the latest version brings to our talented Craftspeople!

See… pic.twitter.com/ftuDfLqSqI

— Genshin Impact – Miliastra Wonderland (@GenshinImpactMW) January 4, 2026
Tags: Genshin Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Trend Anime Pada 2025 – Semakin Banyak Anime Popular Pilih Format Filem!

Next Post

Hollow Knight: Silksong Dipilih Sebagai GOTY 2025 Steam Awards – Inilah Senarai Penuh Pemenang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Hollow Knight: Silksong Dipilih Sebagai GOTY 2025 Steam Awards – Inilah Senarai Penuh Pemenang!

Hollow Knight: Silksong Dipilih Sebagai GOTY 2025 Steam Awards - Inilah Senarai Penuh Pemenang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd