Nagoshi Studio meningkatkan lagi debaran untuk game sulungnya, “GANG OF DRAGON,” dengan mengemas kini laman Steam dengan beberapa imej baharu.
Pertama kali diumumkan di The Game Awards 2025, judul action-adventure ini berlatarkan jalan-jalan di Kabukicho, Shinjuku, dan diterajui oleh pencipta francais “Yakuza,” Toshihiro Nagoshi.
Imej-imej baharu ini memberikan gambaran lebih mendalam tentang combat permainan, customization kenderaan, dan penampilan watak protagonisnya yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Korea-Amerika, Ma Dong-seok.
Game ini akan membuat pelancaran pada tahun 2025 dan pada mulanya akan tersedia untuk PC melalui Steam, manakala platform lain masih belum diumumkan.

GANG OF DRAGON meletakkan pemain sebagai Shin Ji-seong, seorang anggota sindiket jenayah Korea berpangkat tinggi yang beroperasi di Kabukicho. Jalan ceritanya akan membawa pemain ke dunia gelap korupsi, di mana drama dan konflik ganas saling berkait, memaksa Shin untuk menghadapi tujuan hidupnya sendiri.

Imej yang baru dikeluarkan menonjolkan sistem combat third-person yang dinamik, yang berpusat pada kekuatan fizikal Shin. Pemain akan terlibat dalam pertarungan tangan dan senjata api yang sengit.
Imej-imej tersebut mendedahkan weapon wheel, menunjukkan pemain boleh bertukar antara senjata api, termasuk mesingan dan juga bom tangan.

Imej selanjutnya mempamerkan sistem customzation kereta, membayangkan bahawa kenderaan akan memainkan peranan penting selain daripada pengangkutan semata-mata (mungkin melibatkan babak aksi berimpak tinggi).

“GANG OF DRAGON” merupakan projek besar pertama dari Nagoshi Studio, yang ditubuhkan pada tahun 2022 dengan kerjasama NetEase Games selepas pemergian Nagoshi dari Sega. Studio ini dianggotai oleh beberapa veteran dari pasukan pembangunan “Yakuza”.









Discussion about this post