Team Cherry telah mendedahkan sebuah expansion percuma untuk Hollow Knight: Silksong, yang bertajuk “Sea of Sorrow.” DLC ini akan membuat pelancaran pada tahun 2026 dan akan tersedia kepada semua pemain tanpa sebarang kos. Berita ini hadir serentak dengan pencapaian bahawa Hollow Knight: Silksong telah terjual melebihi tujuh juta salinan.
“Pengembaraan Hornet bersambung dalam expansion bertemakan nautika kami, yang akan datang secara percuma untuk semua pemain tahun hadapan,” kata Team Cherry dalam satu kenyataan. “Kawasan baharu, boss, alatan, dan banyak lagi!” Walaupun butiran lanjut masih dirahsiakan buat masa ini, pihak pembangun berjanji bahawa lebih banyak maklumat akan dikeluarkan sejurus sebelum pelancaran expansion tersebut.
Hollow Knight: Silksong kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Switch 2, PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC melalui Steam, GOG, dan Microsoft Store. Judul ini juga boleh diakses oleh pelanggan Game Pass.

Selain expansion untuk Silksong, Team Cherry juga mengumumkan Hollow Knight – Nintendo Switch 2 Edition, yang akan dilancarkan pada 2026. Versi yang ditambah baik ini akan menjadi upgrade percuma untuk semua pemilik sedia ada Hollow Knight di Nintendo Switch. Edisi Switch 2 ini akan menggabungkan “semua kemas kini dan penambahbaikan” yang diterima oleh Hollow Knight: Silksong untuk konsol baharu itu, termasuk mod high frame rate, resolusi lebih tinggi, dan kesan grafik tambahan.

Sebagai persediaan untuk pelancaran di Switch 2, pihak pembangun merancang untuk mengemas kini Hollow Knight yang asal pada semua platform semasa untuk menambah ciri-ciri baharu dan membaiki bug. Pemain PC sudah boleh mencuba “kebanyakan” kemas kini ini melalui versi public-beta di Steam dan GOG.

Ciri-ciri baharu yang kini tersedia dalam public beta termasuk:
- Sokongan untuk resolusi 21:9 dan 16:10.
- Game kini akan dijeda (pause) semasa berada dalam menu inventori.
- Unity Input System yang dinaik taraf untuk sokongan controller yang lebih luas, dengan pilihan untuk masih menggunakan sistem asal.
- Kesan dithering baharu dan pilihan untuk mengurangkan color banding.
- Pembaikan untuk soft-lock di dalam bilik Grub di City of Tears.
- Pelarasan pada ketinggian lantunan stagger Grey Prince Zote dan collider Great Slash milik Sly.
- Salubra’s Blessing kini akan dinyahaktifkan selepas mencapai Soul maksimum.
- Pergerakan map panning yang lebih lancar.
- Pelbagai pembaikan dan penyesuaian kecil yang lain.
Hollow Knight kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, dan PC melalui Steam dan GOG.









Discussion about this post