Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update “Free Ride” Untuk Mafia: The Old Country Tersedia 21 November!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 20, 2025
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Update “Free Ride” Untuk Mafia: The Old Country Tersedia 21 November!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, 2K dan pembangun Hangar 13 mengumumkan pelancaran update “Free Ride” untuk Mafia: The Old Country. Kemas kini percuma ini akan tersedia untuk semua pemain di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam bermula esok 21 November 2025, memperkenalkan pelbagai kandungan dan ciri baharu.

Tumpuan utama kemas kini ini ialah mod Free Ride baharu, yang membolehkan pemain meneroka dunia Valle Dorata dengan bebas. Mod ini padat dengan aktiviti baharu, termasuk perlumbaan yang sengit serta senario combat mencabar yang akan terbuka semasa pemain memajukan jalan cerita utama.

Cabaran-cabaran ini boleh dimainkan semula, menawarkan ganjaran berperingkat setelah selesai.

Selain mod baharu, kemas kini ini memperkenalkan beberapa ciri yang diminta oleh peminat. Buat pertama kalinya, pemain dapat merasai keseronokan memandu dari belakang stereng dengan kamera pemanduan first-person baharu, tersedia untuk semua kenderaan.

Penggemar fotografi pula boleh merakam landskap Sicily dengan Photo Mode baharu, lengkap dengan penapis unik untuk menghasilkan gambar tersendiri.

Bagi mereka yang mencari pengalaman yang lebih sinematik atau mencabar, kemas kini ini membawakan dua mod baharu yang berbeza. Mod “Cinema Siciliano” menawarkan pengalaman nostalgia, mempersembahkan game dalam gaya sinematik hitam putih yang diilhamkan oleh filem klasik Itali.

Sementara itu, “Classic Difficulty” yang menjadi kegemaran peminat turut kembali, memerlukan pengurusan nyawa dan peluru yang lebih strategik untuk pengalaman gameplay yang lebih sukar dan mengasyikkan.

Kemas kini Free Ride juga membawakan pelbagai item baharu ke dalam Mafia: The Old Country yang boleh dibuka oleh pemain, termasuk kenderaan baharu, senjata yang kuat, pisau yang berbahaya, pakaian yang bergaya, dan ‘charm’ unik. Item-item ini boleh dibeli dengan Dinari, mata wang dalam game yang diperoleh dengan menyelesaikan cabaran.

Untuk maklumat lanjut, baca temu ramah ini.

Tags: Mafia: The Old Country
ShareTweetSend
Previous Post

Ghost of Yōtei Akan Menerima Update Besar, Termasuk Mod New Game+

Next Post

Raikan 30 Tahun Bersama PlayStation Dengan Barangan Eksklusif Daripada FANTHFUL

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Raikan 30 Tahun Bersama PlayStation Dengan Barangan Eksklusif Daripada FANTHFUL

Raikan 30 Tahun Bersama PlayStation Dengan Barangan Eksklusif Daripada FANTHFUL

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd