Netmarble telah melancarkan demo bagi RPG aksi, “Solo Leveling: Arise Overdrive,” khusus untuk pengguna PC. Demo ini kini boleh dimuat turun melalui Steam dan Microsoft Store, memberikan gambaran awal kepada pemain tentang game penuh tersebut.
Pelancaran ini mendahului pelancaran penuh permainan yang sedikit tertunda ke 25 November bagi rantau Asia-Pasifik.
Demo Solo Leveling: Arise Overdrive menyajikan pengalaman aksi yang padat, membolehkan pemain mencabar empat bos yang berbeza dan satu bos hebat dalam mod Battlefield of Time. Ini memberi peluang kepada bakal pemain untuk merasai sendiri mekanik combat yang mencabar secara langsung.
Kandungan dalam demo ini juga merangkumi akses ke dungeon dan Instance Dungeons, sekaligus menyediakan pengalaman gaming yang pelbagai.
Penting untuk pemain ambil perhatian bahawa sebarang kemajuan dan data permainan yang diperoleh semasa demo tidak akan boleh dipindahkan ke versi penuh rasmi permainan apabila ia dilancarkan nanti.
“Solo Leveling: Arise Overdrive” merupakan judul premium yang mengadaptasi jalan cerita webtoon popular tersebut serta memperkenalkan pengembaraan baharu yang eksklusif. Game ini menampilkan kempen solo dan pilihan online multiplayer, termasuk raid secara co-op untuk empat pemain.

Walaupun versi PC bakal tiba tidak lama lagi, Netmarble turut mengumumkan rancangan untuk melancarkan “Solo Leveling: Arise Overdrive” bagi PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada tahun 2026. Berita ini hadir ketika francais “Solo Leveling” terus berkembang, dengan satu lagi game, “Solo Leveling: Karma,” juga sedang dalam pembangunan.









Discussion about this post