Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gameplay Solo Leveling: KARMA Didedahkan Buat Kali Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, Roguelike
0 0
0
Gameplay Solo Leveling: KARMA Didedahkan Buat Kali Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara G-STAR 2025, Netmarble telah mencuri tumpuan dengan mendedahkan trailer gameplay baharu serta video pembukaan rasmi bagi RPG aksi roguelite yang sangat dinanti-nantikan, Solo Leveling: KARMA.

Video yang baru dikeluarkan ini menawarkan maklumat yang lebih jelas tentang game tersebut, yang merupakan adaptasi daripada siri anime dan webtoon Solo Leveling yang cukup popular.

Kedua-dua trailer dan video pembukaan ini mengupas naratif istimewa game tersebut, yang mengisahkan sebuah babak yang belum pernah diceritakan dalam karya anime mahupun webtoon.

Solo Leveling: KARMA mengambil tempat di “Dimensional Gap” dan memberi tumpuan kepada “Monarch War”, iaitu sebuah peperangan dahsyat selama 27 tahun yang terpaksa dilalui oleh Sung Jin-Woo setelah dia menggunakan “Cup of Reincarnation” untuk mengundurkan masa bagi menyelamatkan rakan-rakannya yang telah terkorban.

Video pembukaan dihasilkan oleh A-1 Pictures, iaitu studio yang sama menghasilkan siri animenya, merupakan antara tarikan utama.

Video tersebut menunjukkan watak utamanya, Sung Jin-Woo, memimpin “Shadow Army” miliknya ke dalam pertarungan, sambil mempamerkan adegan lawan yang hebat, sama seperti yang dipaparkan dalam siri anime.

Trailer yang dipertontonkan di G-STAR pula, yang merangkumi rakaman gameplay sebenar dari Solo Leveling: KARMA, mengesahkan bahawa para pemain akan mengharungi perang epik ini dengan sistem combat hack-and-slash dari perspektif isometrik.

Trailer itu turut memberi gambaran tentang beberapa mekanik gameplay, seperti sistem kemajuan untuk menaik taraf skil dan statistik.

Watak-watak bayang yang diminati ramai seperti ‘Igris’ juga boleh dipanggil untuk membantu, membolehkan pemain untuk melancarkan serangan kombo menyerupai gaya pertarungan unik Sung Jin-Woo dari karya asal.

Game ini bakal dilancarkan untuk platform PC, iOS, serta Android, walau bagaimanapun, tarikh rasmi pelancarannya masih belum didedahkan kepada umum.

Tags: Solo Leveling: KARMA
ShareTweetSend
Previous Post

Ratchet & Clank Kembali Dengan Game Mobile Baharu ‘Ranger Rumble!’

Next Post

Red Dead Redemption Akan Tiba Di Konsol Terkini & Mobile Buat Kali Pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Red Dead Redemption Akan Tiba Di Konsol Terkini & Mobile Buat Kali Pertama!

Red Dead Redemption Akan Tiba Di Konsol Terkini & Mobile Buat Kali Pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd