HoYoverse secara rasmi mengumumkan bahawa kemas kini 2.4 terbaharu untuk Zenless Zone Zero akan dilancarkan pada 26 November. Diberi tajuk “On the Precipice of the Abyss,” versi ini memperkenalkan pelbagai kandungan baharu, termasuk dua Agent baharu yang boleh dimainkan, dan kepulangan acara-acara popular.
Selepas krisis Timesworn Hill, kemas kini ini akan meneroka lebih mendalam misteri New Eridu. Apabila Miasma mula surut dari Lemnian Hollow, sebuah tapak perlombongan lama yang terkubur selama sedekad, muncul semula.
Cerita juga akan mengikuti Ye Shunguang, ahli pedang baharu Qingming, ketika dia temani pemain untuk membongkar kebenaran di sebalik konspirasi itu.

Menyertai senarai Agent yang semakin bertambah ialah Dialyn dan Banyue, kedua-duanya dari Krampus Compliance Authority, sebuah organisasi pengawasan yang bersekutu dengan TOPS.
- Dialyn, seorang S-Rank Physical Stun Agent, membawa latar belakang uniknya sebagai pakar perkhidmatan pelanggan ke medan perang. Dia menggunakan dua sumber khas, “Customer Complaint” dan “Positive Review,” untuk stun musuh dan membolehkan rakan sepasukan melancarkan Ultimate mereka, sekali gus meningkatkan pengeluaran damage pasukan.
- Banyue, seorang S-Rank Fire Rupture Agent dan pakar seni bela diri, menggunakan gaya pertarungan yang menggabungkan pelbagai teknik. Gameplay-nya berkisar antara “Adrenaline” dan “Wrathful Fires” untuk mengekalkan kombo yang kuat dan lancar, memberikan ganjaran kepada pemain yang dapat menguasai rentaknya.

Dua teman Bangboo baharu juga akan tersedia dalam Zenless Zone Zero Version 2.4. Birkblick, sebuah Bangboo rekaan Krampus, dilengkapi dengan penderia pelbagai fungsi yang berubah menjadi meriam terapung semasa combat untuk mengebom sasaran. Teman kedua, Bild N. Boolok, menggunakan tukul besar untuk menghancurkan musuh.

Kemas kini ini juga menyaksikan kembalinya dua Agent Ice yang popular, Hugo (Attack) dan Ellen (Attack). Tambahan pula, acara auto chess Bangboo yang sangat digemari kembali dengan penambahbaikan, termasuk peringkat khas PvE baharu.
Pemain yang mengambil bahagian dalam acara ini berpeluang untuk mendapatkan ganjaran eksklusif, termasuk Bild N. Boolok secara percuma.
Satu acara baharu, “Lightstream Notes,” akan menjemput pemain untuk meneroka New Eridu bersama Ye Shunguang.

Zenless Zone Zero kini tersedia pada PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (melalui muat turun klien dan Epic Games Store), iOS, dan Android.









Discussion about this post