Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

FAIRY TAIL Wizard Chronicle Akan Hadir 3 Disember, Pra-Daftar Sekarang Untuk Ganjaran Hebat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 17, 2025
in Android, Anime, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
FAIRY TAIL Wizard Chronicle Akan Hadir 3 Disember, Pra-Daftar Sekarang Untuk Ganjaran Hebat!
Share on FacebookShare on Twitter

RPG idle kasual FAIRY TAIL Wizard Chronicle, hasil pembangunan GOODROID, Inc., telah mengesahkan tarikh pelancarannya pada 3 Disember untuk Android dan juga iOS.

Pendaftaran awal untuk game ini sudah pun dibuka, memberi peluang kepada pemain yang mendaftar lebih awal untuk memperoleh pelbagai hadiah istimewa berdasarkan jumlah pendaftaran terkumpul.

||◤ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄◥||
   FAIRY TAIL: madochro
  Release Date Revealed! 📱🔥
||◣____________◢||#madochro
Teaser Trailer Vol.3 is out now!

▼Pre-register here https://t.co/EiC0LDOMRZ

—Step into the world of FAIRY TAIL— #HiroMashima… pic.twitter.com/CUyySEFaOd

— FAIRY TAIL Wizard Chronicle (Official) (@madochro_en) November 13, 2025

Diadaptasi daripada siri manga dan anime karya Hiro Mashima yang terkenal di seluruh dunia, FAIRY TAIL Wizard Chronicle memberikan peluang kepada pemain untuk membentuk pasukan ahli sihir idaman mereka sendiri bagi menyahut cabaran dalam misi-misi Kelas-S yang sukar.

Game ini membawakan naratif serba baharu, lengkap dengan musuh tersendiri yang tidak ada dalam versi manga atau anime. Sambil menerokai pengembaraan baharu ini, pemain juga berpeluang untuk mengalami semula babak-babak ikonik daripada siri itu.

Watak-watak di dalam game ini dipersembahkan dengan gaya seni chibi yang comel, di samping menyertakan beberapa minigame sampingan untuk menambah lagi keseronokan.

Aspek utama gameplay menggabungkan elemen strategi pembentukan pasukan dengan mekanik RPG idle. Terdapat lebih daripada 80 watak popular yang boleh dipilih oleh pemain untuk mencipta skuad idaman mereka, termasuklah watak pujaan ramai seperti Natsu Dragneel, Lucy Heartfilia, Gray Fullbuster, Erza Scarlet, dan Wendy Marvell.

Sistem combat pula adalah turn-based yang disepadukan dengan mekanik permainan kad untuk melancarkan serangan sihir dan skil.

Melalui sistem idle, game ini membolehkan pengumpulan sumber dan mata pengalaman secara automatik melalui combat, meskipun ketika pemain tidak bermain.

Fungsi ini memudahkan peningkatan level watak dan menjadikannya amat sesuai untuk semua jenis pemain, tidak kira sama ada yang mempunyai banyak masa terluang ataupun yang sibuk.

━━━━━━━━━#madochro
Pre-Registration Campaign – Bonus Rewards ✨
━━━━━━━━━

▼Pre-register nowhttps://t.co/EiC0LDOMRZ

To celebrate surpassing 400,000 pre-registrations,
we’re adding new rewards starting from 500,000! 🌟

Be sure to pre-register and stay tuned!… pic.twitter.com/FUZXU9dRqr

— FAIRY TAIL Wizard Chronicle (Official) (@madochro_en) October 14, 2025

Sempena pelancarannya, bonus istimewa berupa 720 cabutan Gacha percuma akan diberikan kepada setiap pemain sebaik sahaja game dimuat turun. Ini memberi kelebihan awal kepada pemain untuk mengumpul barisan watak yang kuat sejak dari mula lagi.

Tags: FAIRY TAIL Wizard Chronicle
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero Update 2.4 Akan Datang 26 November, Memperkenalkan Faction Krampus!

Next Post

Call of Duty: Black Ops 7 – Campaign Paling Mengecewakan Dalam Sejarah Siri?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Call of Duty: Black Ops 7 – Campaign Paling Mengecewakan Dalam Sejarah Siri?

Call of Duty: Black Ops 7 - Campaign Paling Mengecewakan Dalam Sejarah Siri?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd