Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Super Mario Galaxy Movie Akan Ditayangkan April 2026, Brie Larson & Benny Safdie Sertai Barisan Pelakon

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2025
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
The Super Mario Galaxy Movie Akan Ditayangkan April 2026, Brie Larson & Benny Safdie Sertai Barisan Pelakon
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo dan Illumination telah mendedahkan trailer pertama untuk The Super Mario Galaxy Movie, yang bukan sahaja mengacah perjalanan kosmik Mario tetapi juga memperkenalkan dua bintang baharu dalam barisan pelakon suara: Brie Larson sebagai Rosalina dan Benny Safdie sebagai Bowser Jr.

Filem The Super Mario Galaxy Movie dijadualkan untuk tayangan di Malaysia pada bulan April 2026.

Filem ini merupakan sekuel kepada The Super Mario Bros. Movie yang telah meraih kutipan lebih $1.3 bilion di seluruh dunia selepas tayangannya pada tahun 2023.

Fasa seterusnya ini, yang diinspirasikan oleh game popular Super Mario Galaxy, akan menyaksikan Mario dan rakan-rakannya mengembara melangkaui Mushroom Kingdom ke angkasa lepas.

Trailer baharu memberi gambaran sekilas tentang pengembaraan kosmik mereka yang memaparkan Mario (Chris Pratt), Princess Peach (Anya Taylor-Joy), dan Toad (Keegan-Michael Key) melompat di antara planet. Ia juga memperkenalkan watak-watak utama yang baharu dalam filem ini.

Larson, yang terkenal dengan wataknya sebagai Captain Marvel, akan menyumbangkan suaranya untuk watak Rosalina.

Brie Larson voices Rosalina in The Super Mario Galaxy Movie, only in theaters April 2026. pic.twitter.com/tr2KN1n3dp

— Nintendo of America (@NintendoAmerica) November 12, 2025

Sementara itu, pelakon dan pengarah Benny Safdie (Uncut Gems, Oppenheimer) menyertai barisan pelakon sebagai Bowser Jr., yang dalam misi untuk menyelamatkan bapanya.

Trailer tersebut menunjukkan bahawa selepas kekalahannya dalam filem pertama, Bowser (Jack Black) telah dikecilkan saiznya dan ditahan, sehinggalah anaknya tiba untuk mencetuskan masalah baharu.

Benny Safdie voices Bowser Jr. in The Super Mario Galaxy Movie, only in theaters April 2026. pic.twitter.com/dkia85ROt8

— Nintendo of America (@NintendoAmerica) November 12, 2025

Pasukan kreatif dari filem pertama kembali untuk sekuel ini. Aaron Horvath dan Michael Jelenic kembali sebagai pengarah dengan lakon layar oleh Matthew Fogel. Shigeru Miyamoto dari Nintendo dan Chris Meledandri dari Illumination sekali lagi akan menerbitkan filem ini, yang dibiayai bersama oleh Universal Pictures dan Nintendo.

Brian Tyler juga diumumkan akan kembali untuk menggubah skor muzik filem.

Nintendo turut menguisk bahawa watak-watak tambahan serta pelakon suara lain akan diumumkan pada masa akan datang.

Tags: Super Mario Galaxy Movie
ShareTweetSend
Previous Post

Sword of Justice – Kelas Manakah Yang Sesuai Dengan Gaya Pemainan Anda?

Next Post

Anime “Death Stranding Isolations” Diumumkan Untuk Tayangan Disney+ Pada 2027

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Anime “Death Stranding Isolations” Diumumkan Untuk Tayangan Disney+ Pada 2027

Anime "Death Stranding Isolations" Diumumkan Untuk Tayangan Disney+ Pada 2027

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd