“Red Dead Redemption 2,” sebuah permainan video open world dari Rockstar Games, telah disahkan mencapai jualan sebanyak 79 juta salinan di peringkat global.
Kejayaan luar biasa ini didedahkan oleh syarikat penerbitnya, Take-Two Interactive, dalam laporan kewangan mereka yang terkini, meletakkan judul ini setaraf dengan game-game legenda lain dalam industri.

Angka jualan yang baharu ini meletakkan “Red Dead Redemption 2” sebagai permainan video keempat paling laris sepanjang masa, berjaya memintas pemegang rekod sebelumnya, “Mario Kart 8 / Deluxe,” yang mencatatkan jualan melebihi 78 juta unit.
Sejak dilancarkan pada tahun 2018, faktor seperti persekitaran gameplay yang sangat terperinci, jalan cerita yang memukau, serta pengalaman bermain yang imersif telah menjadi penyumbang utama kepada jualan yang kekal memberangsangkan, sekaligus mengukuhkan legasinya dalam industri.
Susulan perkembangan ini, senarai kedudukan permainan video paling laris di dunia telah dikemas kini. Berikut merupakan carta terkini, yang tidak menyertakan judul game di mana kaedah pengiraan jualan merentasi pelbagai versi masih menjadi perdebatan:
Senarai Permainan Video Terlaris Sepanjang Zaman
| Kedudukan | Judul | Salinan Terjual |
|---|---|---|
| 1 | Minecraft | 300 juta+ |
| 2 | Grand Theft Auto V | 220 juta+ |
| 3 | Wii Sports | 82.9 juta |
| 4 | Red Dead Redemption II | 79 juta |
| 5 | Mario Kart 8 / Deluxe | 78.02 juta+ |
| 6 | PUBG: Battlegrounds | 75 juta |
| 7 | Terraria | 64 juta |
| 8 | The Witcher 3: Wild Hunt | 60 juta |
| 9 | Super Mario Bros. | 58 juta |
| 10 | Human: Fall Flat | 55 juta+ |

![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)







Discussion about this post