Satu pengumuman rasmi telah dibuat bahawa game pengembaraan point-and-click yang sangat popular, “NEEDY STREAMER OVERLOAD,” akan diadaptasi ke siri anime dengan tayangan perdananya ditetapkan pada bulan April 2026.
Berita ini dikongsikan oleh penerbit WSS playground, hasil kolaborasi bersama Aniplex serta studio animasi yang mengendalikan projek ini, Yostar Pictures.
Game yang juga dikenali dengan tajuk “NEEDY GIRL OVERDOSE” di Jepun ini berjaya menawan hati pemain di seluruh dunia melalui penceritaannya mengenai usaha penuh cabaran seorang gadis muda dalam mengejar populariti sebagai bintang internet.
Sejak dilancarkan di platform Steam pada Januari 2022, “NEEDY STREAMER OVERLOAD” meletakkan pemain dalam peranan “P,” yang bertindak sebagai pengurus dan teman kepada Ame.
Ame merupakan seorang gadis yang mendambakan perhatian dan melakukan penstriman menggunakan nama “OMGkawaiiAngel” (juga dikenali sebagai “KAngel”).

Game ini, yang telah dimuat turun lebih daripada tiga juta kali, memberikan cabaran kepada pemain untuk menyelia kehidupan KAngel selama sebulan, termasuk menguruskan tekanan dalam penghasilan kandungan, isu kesihatan mental, serta persekitaran dalam talian yang toksik, semuanya demi membantunya menjadi “penstrim terhebat.”
Dengan naratif yang mempunyai pelbagai pengakhiran dan kritikan sosial terhadap budaya internet, game ini telah diiktiraf sebagai sebuah karya ‘indie’ yang amat bagus. Kejayaannya turut diserlahkan melalui lagu-lagu runutnya yang telah distrim lebih 400 juta kali.
Projek adaptasi anime ini akan diterajui oleh Masaoki Nakashima selaku pengarah, yang merupakan sebahagian daripada Yostar Pictures. Beliau mempunyai pengalaman dalam pembikinan papan cerita serta pengarahan episod untuk beberapa siri terkenal termasuk “Blue Archive” dan “New PANTY & STOCKING with GARTERBELT.”
Yostar Pictures sendiri merupakan studio yang dikenali ramai kerana kejayaan mereka mengadaptasi permainan video popular lain kepada bentuk anime, antaranya seperti “Arknights” dan “Azur Lane: Slow Ahead!”.









Discussion about this post