Capcom telah mengumumkan pelbagai maklumat baharu untuk “Resident Evil Requiem,” termasuk beberapa edisi khas, perkakasan eksklusif Nintendo Switch 2, dan kolaborasi dengan “Fortnite.” Kesemua ini didedahkan semasa video “Road to Requiem.”
Prapesan kini dibuka secara rasmi untuk game tersebut yang sebelum ini diumumkan bakal tiba pada 27 Februari 2026, di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Switch 2, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store.
Semua pemain yang membuat prapesan untuk mana-mana edisi game akan menerima kostum “Apocalypse” untuk protagonis baharu, Grace Ashcroft, sebagai bonus.

Semasa tayangan “Road to Requiem” yang dihoskan oleh Maggie Robertson (pelakon suara Lady Dimitrescu), Capcom telah menggariskan beberapa pilihan edisi untuk para peminat:
- Edisi Standard: Mengandungi game asas.
- Edisi Deluxe: Didatangkan dengan game asas serta barangan digital yang merangkumi lima kostum tambahan (salah satunya ialah “Grace’s Costume: Dimitrescu”), empat weapon skin, dua penapis skrin, dua weapon charm, “Audio Pack: Raccoon City Classic,” dan “Files: Letters from 1998.”

- Edisi SteelBook: Edisi fizikal yang mengandungi semua kandungan Edisi Deluxe, bekas SteelBook untuk koleksi, dan kad lentikular edisi terhad.

Kolaborasi “Fortnite” dan Penampilan Sulung di Epic Games

Bagi menandakan pelancaran pertama francais ini di Epic Games Store, Capcom mengumumkan kolaborasi istimewa dengan “Fortnite.” Pemain yang membeli “Resident Evil Requiem” melalui Epic Games Store akan menerima item istimewa dalam game “Fortnite,” termasuk pakaian watak Grace.
Item-item ini akan diedarkan selepas pelancaran game tersebut.
Eksklusif untuk Nintendo Switch 2
Peminat Nintendo boleh menantikan beberapa item unik:
- Resident Evil Generation Pack: Eksklusif untuk Switch 2, bundle ini mengandungi “Resident Evil 7 Biohazard Gold Edition,” “Resident Evil Village Gold Edition,” dan game baharu “Resident Evil Requiem.” Ketiga-tiga game akan disediakan dalam bentuk game-key card.

- Alat Kawalan Pro Switch 2: Pro Controller edisi khas bertemakan “Resident Evil Requiem”, yang digayakan dengan warna hitam dan rekaan daripada game, akan tersedia semasa pelancaran.

- Amiibo ‘Resident Evil’ Pertama: Siri ini akan menerima patung amiibo pertamanya, yang menampilkan protagonis Grace Ashcroft, yang akan dikeluarkan pada 2026.

Capcom turut mengesahkan bahawa sebuah acara “Resident Evil Showcase” akan diadakan pada awal 2026 untuk memberikan pandangan yang lebih mendalam tentang “Resident Evil Requiem” sebelum ia dilancarkan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.









Discussion about this post