Studio game dari Sweden, 10 Chambers, yang diasaskan oleh veteran francais Payday, telah mendedahkan lebih banyak info mengenai game ‘sci-fi heist‘ akan datang, Den of Wolves, menerusi sebuah dokumentari di sebalik tabir.
Video pendek ini menawarkan kupasan tentang visi kreatif untuk game shooter coopertive ini ini, bersempena dengan ulang tahun ke-10 studio dan sebuah acara strim langsung amal.
Dokumentari menampilkan pembangun-pembangun dari studio tersebut membincangkan rekaan mereka sambil memaparkan gameplay baharu.
Ia mengetengahkan bagaimana 10 Chambers memanfaatkan pengalaman mereka daripada judul-judul seperti GTFO, Payday: The Heist, dan PAYDAY 2 untuk mencipta sebuah pengalaman cooperative baharu yang penuh aksi.
Berlatarkan distopia korporat di Midway City, pemain akan memegang peranan sebagai penjenayah upahan yang harus meneroka landskap futuristik yang dikuasai oleh syarikat-syarikat korporat.

Fokus utama video adalah pendekatan studio terhadap world-building. Pasukan mendedahkan penciptaan lebih 300 jenama korporat fiksyen untuk memperkaya latar cerita bandar tersebut.
Identiti visual mega-struktur gergasi di Midway City banyak diinspirasikan oleh seni bina brutalist dan persekitaran bandar menegak yang padat seperti bekas Kowloon Walled City.

“Kami meluangkan banyak usaha dan masa untuk menjadikan Midway sebuah bandar yang realistik,” kata Oscar J-T Holm, pengasas bersama 10 Chambers.
“Walaupun ia bukan game open world, kewujudan latar belakang ini dan setiap bangunan jenama dan jenama yang anda lihat mempunyai tujuannya, ia turut memberikan lebih nilai kepada gameplay.”

Dokumentari ini juga menandakan ulang tahun ke-10 studio tersebut, yang telah ditubuhkan pada tahun 2015. Bagi meraikan pencapaian ini, 10 Chambers telah melancarkan sebuah laman web khas yang memaparkan sejarah studio, lengkap dengan gambar-gambar lama dan kisah-kisah yang tidak pernah diceritakan.

“Secara peribadi, saya rasa agak membosankan apabila syarikat-syarikat korporat percaya ada orang yang berminat dengan ulang tahun mereka, tidak kira berapa lama pun mereka telah wujud,” kata Robin Björkell, Pengarah Komunikasi di 10 Chambers.
“Tetapi kami mula mengimbau kembali dan menemui beberapa gambar dan cerita yang menyeronokkan, jadi kami memutuskan untuk membina laman web ini untuk tatapan umum. Saya percaya, ada beberapa kisah menarik di sana yang belum pernah diceritakan sebelum ini.”
Laman web ulang tahun ini boleh diakses di www.10chambers.com/10years.

Selain sambutan ulang tahun, studio ini juga sedang menganjurkan sebuah “Streamathon.”
Strim langsung selama 100 jam ini menampilkan para pembangun GTFO bersama komuniti mereka cuba untuk menamatkan game itu bagi mengumpul dana dan meningkatkan kesedaran untuk International Association for Suicide Prevention (IASP).
Studio ini menyatakan bahawa usaha ini mempunyai makna peribadi bagi ramai ahli pasukan 10 Chambers.

Den of Wolves kini tersedia untuk wishlist di Steam, dengan tarikh pelancaran yang masih belum diumumkan.









Discussion about this post