Dunia Shinigami bakal memasuki generasi baharu apabila Nuverse mengumumkan bahawa BLEACH: Soul Resonance akan dilancarkan di seluruh dunia untuk Android dan iOS pada 21 November.
Berdasarkan siri manga dan anime karya Tite Kubo, BLEACH: Soul Resonance ialah sebuah RPG aksi 3D berlesen rasmi yang membawa pemain menyelami kisah-kisah awal penceritaannya.
Game ini memfokuskan kepada pengalaman combat yang pantas dan berasaskan kemahiran, yang mengekalkan kedinamikan seni Zanjutsu dan kuasa epik seperti Bankai.

Pemain akan mengawal Ichigo Kurosaki dan membuka watak-watak sekutu yang digemari seperti Uryū Ishida, Yasutora “Chad” Sado, dan Orihime Inoue sambil menghidupkan semula kisah Ichigo sehinggalah pencerobohan di Soul Society.
Game ini menampilkan mod Story, misi sampingan, dan kemajuan watak melalui peningkatan peralatan. Walaupun ia mempunyai sistem gacha untuk merekrut watak, ia direka untuk menjadi lebih mudah diakses, dengan jaminan watak dalam 80 cubaan.

Pra-pendaftaran kini dibuka di laman web rasmi, Google Play, dan Apple App Store. Bakal pemain yang mendaftar awal akan menerima kad watak rahsia apabila log masuk semasa pelancaran. Apabila matlamat pra-pendaftaran tercapai, komuniti akan membuka ganjaran tambahan, termasuk SSR Inscription dan Mystery Pre-Registration Box.
Pemain juga boleh mendapatkan ganjaran bonus dengan menjemput rakan untuk menyertai kempen pra-pendaftaran.
Sebuah minigame interaktif di laman acara rasmi mencabar peminat untuk “mencari Zangetsu yang sebenar” di antara koleksi bilah, dengan memberikan ganjaran kod penebusan dalam game untuk setiap cubaan yang berjaya.

Bagi mereka yang tidak sabar menunggu sehingga November, satu ujian beta masa terhad, iaitu Resonance Prelude Test, dijadualkan bermula pada 16 Oktober. Pada hari ujian tersebut, muat turun game akan tersedia untuk masa yang terhad di Google Play dan laman web rasmi.
Akses adalah berdasarkan siapa cepat, dia dapat; pemain perlu memuat turun game, memasuki server sebaik sahaja ia dilancarkan, dan melengkapkan peringkat awal.
Untuk berita terkini, layari laman web rasmi di bleach-soulresonance.com.









Discussion about this post