Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Sword of Justice (CBT) – Selangkah Menuju RPG Wuxia Paling Imersif

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2025
in Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, Open World, PC, Preview, RPG
0 0
0
Previu Sword of Justice (CBT) – Selangkah Menuju RPG Wuxia Paling Imersif
Share on FacebookShare on Twitter

Sword of Justice bukan sekadar projek biasa; ia adalah projek flagship bagi NetEase yang mempamerkan kehebatan teknikal China di mana game ini jelas mencerminkan aspirasi dan nilai artistik studionya.

Melalui setiap fasa evolusinya, dari platform PC ke peranti mobile, dari pasaran tempatan ke global, ia seolah-olah sentiasa dilahirkan semula. Kini, fasa ujian beta tertutup global ini menjadi langkah paling berani mereka untuk memberi makna baharu kepada konsep “open world wuxia”.

Pilihan Customization Watak Tanpa Batas

Versi CBT ini menawarkan enam kelas berbeza yang boleh dimainkan: Nightwalker, Ironclad, Bloodstorm, Celesture, Sylph dan Numina. Ada kelas yang dikhaskan untuk jantina tertentu, namun ada juga yang memberi kebebasan penuh kepada pemain untuk memilih.

Sistem customization wataknya sangat terperinci dan menyeluruh. Pemain diberi kebebasan untuk mengawal setiap aspek penampilan watak, bermula daripada saiz badan, bentuk muka, dan pilihan gaya rambut, sehinggalah ke butiran kecil seperti riak wajah dan bentuk mata.

Namun, elemen yang paling unik adalah penggunaan teknologi AI untuk membentuk wajah. Pemain boleh memuat naik gambar untuk mencipta semula wajah mereka dalam bentuk 3D, atau memberikan arahan bertulis untuk diterjemahkan oleh sistem AI.

Sama ada menggunakan nama individu sebenar atau arahan yang lebih abstrak, sistem AI ini mampu menghasilkan wajah yang sangat realistik dan menepati deskripsi. Perpaduan antara teknologi dan seni ini mengubah proses rekaan watak daripada sekadar satu fungsi biasa menjadi sebuah pengalaman yang benar-benar tersendiri.

Keindahan Lukisan Dinasti Song

Komitmen tinggi NetEase terhadap butiran sekali lagi terbukti dalam game ini.

Setiap paparan dalam Sword of Justice kelihatan seperti sebuah karya seni yang bergerak: alunan kain sutera pada jubah, pantulan cahaya pada perhiasan logam, kepulan asap di jalanan, serta corak jubin di atas bumbung—semuanya dihasilkan dengan tahap realisme yang tinggi.

Walau bagaimanapun, keindahan visual ini bukan sekadar hiasan. Gabungan antara pengarahan seni dan penceritaan sinematik berjaya melahirkan sebuah gambaran Dinasti Song yang hidup, mendalam, dan terserlah dengan tema kemanusiaan, emosi, dan kehidupan.

Berbeza dengan kebanyakan game open world yang terasa kaku dan tidak bermaya selepas diterokai, persekitaran Sword of Justice sentiasa penuh dengan kehidupan. Anda akan mendengar laungan para peniaga di pasar, gema tapak kaki orang yang bergegas di lorong-lorong, serta irama muzik yang sayup-sayup berkumandang dari kedai minum.

Ketika bersiar-siar di kota Bianjing pun, anda mungkin secara tidak sengaja akan menyaksikan pergaduhan, mencuri dengar perbualan penduduk, atau terjumpa kisah sampingan yang tidak dijangka.

AI dan Interaksi Dunia yang Memberi Respons kepada Anda

Salah satu ciri paling menonjol dalam CBT ini adalah tahap interaksi yang dipacu oleh AI. NPC bukan lagi sekadar watak sampingan yang kaku; mereka memberi tindak balas yang realistik terhadap perbuatan anda.

Jika anda terlanggar seseorang, jangan terkejut jika anda ditegur; jika anda berhenti untuk mendengar perbualan mereka, ia mungkin akan memulakan sebuah misi baharu atau peristiwa rawak.

Ada juga NPC yang mampu memahami dan membalas perbualan.

Sebagai contoh, apabila saya berkata kepada seorang NPC, “Saya macam pernah nampak muka awak,” dia membalas, “Oh ya? Di mana agaknya?” Saya menjawab, “Mungkin dalam buku cerita,” dan dia bertanya semula, “Jika begitu, apakah peranan saya dalam cerita awak itu?”

Dialog seperti ini terasa begitu lancar sehinggakan ia hampir mengaburkan garisan antara game dan realiti.

NPC juga mempunyai ingatan terhadap layanan anda. Layanan yang baik akan mengeratkan hubungan, manakala kata-kata kesat boleh merosakkan persahabatan.

Walaupun sesi CBT ini singkat, tidak sukar untuk membayangkan bagaimana hubungan yang lebih erat pada masa akan datang boleh membuka kepada jalan cerita eksklusif atau mungkin juga babak percintaan.

Semua sistem ini menjadikan dunia Sword of Justice benar-benar ‘bernyawa’, bukan hanya sebagai sebuah game tetapi sebagai sebuah ekosistem sosial.

Keseronokan Meneroka dan Merungkai Misteri

Aktiviti penerokaan dalam Sword of Justice lebih daripada sekadar bersiar-siar menikmati pemandangan. Dunianya penuh dengan pelbagai teka-teki, jerat, dan mekanisme tersembunyi.

Ada yang memerlukan abiliti khusus untuk diselesaikan, manakala yang lain menyembunyikan ganjaran di sebalik lukisan dinding atau binaan yang boleh digerakkan, memerlukan pemain agar sentiasa peka dan berani mencuba.

Teka-teki ini direka secara ideal antara mudah diakses dan mencabar—cukup menarik untuk membuatkan anda berfikir, tetapi tidak sampai ke tahap yang menjengkelkan. Ditambah pula dengan ganjaran yang setimpal, ia mewujudkan satu kitaran penerokaan, penyelesaian, dan ganjaran yang membuatkan anda sentiasa ingin tahu.

Biarpun masih di peringkat beta, semangat untuk membuat penemuan baharu sudah terasa begitu kuat.

Sistem Manor sebagai Ruang Ketenangan Peribadi

Selain daripada hiruk-pikuk pertarungan dan pengembaraan, Sword of Justice turut menyediakan peluang untuk menikmati sisi kehidupan yang lebih tenang melalui Sistem Manor.

Pemain diberi kebebasan untuk membina dan menghias kediaman idaman mereka—daripada merancang susun atur bangunan, memilih hiasan dalaman, menyusun atur perabot, hinggalah membentuk landskap di sekelilingnya mengikut cita rasa sendiri.

Setiap perabot juga berfungsi secara praktikal: anda boleh menggunakannya untuk mandi, berehat, atau tidur, membolehkan anda merasai pengalaman “kehidupan sebenar dalam dunia wuxia.” Selain itu, anda juga boleh bercucuk tanam, memancing, atau bersantai di laman sendiri.

Konsep “kebebasan untuk mencorakkan kehidupan” ini membolehkan pemain memilih haluan masing-masing. Anda boleh menjadi seorang pegawai yang gigih menyelesaikan jenayah, seorang pendekar yang mengembara tanpa tujuan, atau sekadar penduduk desa yang menikmati ketenangan memancing di tepi sungai.

Setiap pilihan hidup adalah sah, dan setiap kisah mempunyai nilainya yang tersendiri.

Dunia Wuxia yang Bernyawa Boleh Menjadi Kenyataan

Meskipun masih dalam fasa ujian beta tertutup, Sword of Justice telah membuktikan kualiti penghasilan dan cita-citanya.

Bermula dari dunia era-Song yang dinamik, sistem AI yang pintar, sehinggalah kepada aktiviti kehidupan yang pelbagai, game ini berhasrat untuk menjadikan “open world wuxia” lebih daripada sekadar nama—tetapi sebuah pengalaman yang benar-benar hidup.

Pra-pendaftaran global kini telah dibuka. Jadi jom sertai untuk mendapatkan ganjaran eksklusif dalam game, dan menerima berita terkini sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Dunia Sword of Justice sedang menanti kehadiran anda—mari sama-sama ciptakan legenda sendiri dalam alam wuxia yang sentiasa berkembang ini.

Tags: previuSword of Justice
ShareTweetSend
Previous Post

Kadokawa Gempak Starz Membuka K+, Kedai Fizikal Pertamanya Di LaLaport!

Next Post

BLEACH: Soul Resonance Umum Pelancaran 21 November, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
BLEACH: Soul Resonance Umum Pelancaran 21 November, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka

BLEACH: Soul Resonance Umum Pelancaran 21 November, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd