Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero Version 2.3 Akan Datang 15 Oktober, Memperkenalkan Wilayah Seram & Agent Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 3, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Zenless Zone Zero Version 2.3 Akan Datang 15 Oktober, Memperkenalkan Wilayah Seram & Agent Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse telah mengumumkan bahawa Version 2.3 bagi Zenless Zone Zero, akan dilancarkan pada 15 Oktober. Dinamakan “Memories of Dreams Bygone,” kemas kini ini menjemput pemain untuk meneroka Timesworn Hills, bekerjasama dengan agensi pemburu hantu Spook Shack, dan menyambut tiga Agent baharu ke dalam barisan.

Ciri utama kemas kini ini ialah wilayah baharu, Timesworn Hills, sebuah kawasan yang dahulunya makmur dan terkenal dengan deposit bijih Lumite, kini terbiar dalam runtuhan di dalam Hollow.

Pemain akan meneroka fasiliti penyelidikan dan tapak ujian terbiar yang dihantui oleh kisah0kisah seram tentang pelombong yang hilang, loceng ghaib, dan seorang pakar hipnosis yang memerangkap mangsa dalam mimpi tanpa penghujung.

Jalan cerita baharu ini akan menyaksikan para Proxy menyiasat kehilangan para pelombong dan pekerja Porcelumex, sambil membongkar kebenaran yang tersembunyi di dalam Miasma.

All-New Stories

Main Story Season 2 Chapter 4 "Memories of Dreams Bygone" and Lucia's TV Schedule "The Inverted Night Lantern" will be permanently available after the 2.3 version update.#zzzero #zenlesszonezero#zzzSpecialProgram#MemoriesofDreamsBygone pic.twitter.com/AkY8cbYBh8

— Zenless Zone Zero 🎉Season 2🎉 (@ZZZ_EN) September 29, 2025

Turut serta dalam pengembaraan ini ialah tiga Agent baharu dari Spook Shack, setiap seorang membawa abiliti unik ke medan pertempuran:

V2.3 Limited-Time Channels (Phase I)

S-Rank Agent #Lucia Signal Search Event "Wandering Night Lantern"

S-Rank Agent #Vivian Signal Search Event "Soar Into the Gentle Night"

※A-Rank Agent Komano Manato will appear in the Signal Search events "Wandering Night Lantern" and "Soar… pic.twitter.com/EsSDuUUrIk

— Zenless Zone Zero 🎉Season 2🎉 (@ZZZ_EN) September 29, 2025
  • Lucia: S-Rank Ether Support Agent. Dia menggunakan kuasa seakan mimpi, mengumpul “Dream Point” untuk memasuki keadaan “Dream”. Ultimate-nya, Ether Veil: Wellspring, meningkatkan HP maksimum semua sekutu sambil meningkatkan output damage pasukan melalui “Sheer Force” dan “Aftershocks”.
  • Yidhari: S-Rank Ice Rupture Agent yang berisiko tinggi, tetapi berganjaran tinggi. Damage miliknya, yang berskala berdasarkan HP maksimumnya, sentiasa mengenakan “Sheer DMG” yang melepasi pertahanan musuh. Kekuatannya meningkat apabila peratusan HP-nya menurun, memberi ganjaran kepada pemain yang boleh menguruskan HP-nya dengan mahir.
  • Komano Manato: A-Rank Fire Rupture Agent yang serangannya memberikan “Sheer DMG” yang juga berskala dengan HP maksimumnya.

Selain itu, ejen-ejen S-Rank kegemaran peminat, Vivian (Ether – Anomaly) dan Ju Fufu (Fire – Stun), akan mempunyai banner rerun mereka dalam versi ini.

Agent Enhancement

Soldier 0 – Anby's training is complete! Proxies with Agent "Soldier 0 – Anby" can log in and power her up with the click of a button!#zzzero #zenlesszonezero#zzzSpecialProgram#MemoriesofDreamsBygone#Anby pic.twitter.com/C6bdgPA7Th

— Zenless Zone Zero 🎉Season 2🎉 (@ZZZ_EN) September 29, 2025

Zenless Zone Zero Version 2.3 juga memperkenalkan penambahbaikan gameplay yang signifikan dan acara masa terhad. Soldier 0 – Anby akan menerima rombakan combat, dengan mekaniknya dikemas kini dan prestasinya ditingkatkan.

Mod permainan baharu, “Threshold Simulation,” akan mencabar kemahiran taktikal pemain dengan menghendaki mereka menempatkan beberapa skuad dalam senario pertempuran yang saling berkaitan.

All-New Events (I)

The "When Dreams Remain Unfinished" event will open after the 2.3 version update. Complete this event to get the brand-new A-Rank Agent Komano Manato for free!

Plus, by completing Season 2 Chapter 4 "Memories of Dreams Bygone" in the main story, Proxies can… pic.twitter.com/AyQ8czxsCQ

— Zenless Zone Zero 🎉Season 2🎉 (@ZZZ_EN) September 29, 2025

Acara “When Dreams Remain Unfinished” akan menawarkan pengalaman baharu dengan combat berasaskan giliran, di mana pemain mengawal pelbagai kategori raksasa dengan ciri-ciri unik dan posisi taktikal. Menyelesaikan acara ini akan memberi ganjaran Agent baharu Komano Manato secara percuma kepada pemain.

Acara fotografi popular “SNAP! Shining Strike” juga kembali dengan penambahbaikan, menawarkan lebih kebebasan dengan kawalan kamera, pelbagai filter dan bingkai, membolehkan pemain merakam pemandangan dan momen indah.

All-New Events (II)

Events including "Threshold Simulation," "SNAP! Shining Strike," "Chronicle of Counseling," "Timesworn Hills Explorer's Guide," and more will be available after the Version 2.3 update.#zzzero #zenlesszonezero#zzzSpecialProgram#MemoriesofDreamsBygone pic.twitter.com/r1WUfZ2naU

— Zenless Zone Zero 🎉Season 2🎉 (@ZZZ_EN) September 29, 2025

Memandang ke hadapan, HoYoverse memberikan gambaran ikhlas tentang masa depan, mengacah ejen-ejen akan datang seperti Banyue, Dialyn, Zhao, dan Ye Shunguang.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan komuniti, semua pemain akan menerima 600 Polychrome tambahan dalam Version 2.3, sebagai tambahan kepada ganjaran log masuk biasa iaitu 10 Encrypted Master Tape dan 10 Boopon.

Zenless Zone Zero kini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC melalui klien rasmi dan Epic Games Store, serta pada peranti mobile melalui Android dan iOS. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi.

Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Hunter x Hunter: Nen x Survivor Diumumkan, Bakal Membawa Aksi Roguelite Ke Peranti Mobile

Next Post

Baru Mula Main Ghost of Yōtei? Ini Tips Yang Perlu Anda Tahu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Baru Mula Main Ghost of Yōtei? Ini Tips Yang Perlu Anda Tahu!

Baru Mula Main Ghost of Yōtei? Ini Tips Yang Perlu Anda Tahu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd