Masih ingat baru-baru ini kami ada mengemaskini PlayStation Remote Play yang kini boleh dimainkan di peranti Android? Dan kami juga pernah mengongsikan cara untuk menggunakan remote play untuk iOS! Jadi, kali ini kami ingin membantu pengguna telefon pintar android dengan cara membuat sambungan pada PlayStation anda! Jom lihat dibawah ini cara-caranya; (sebelum itu pastikan telefon pintar Android anda mempunyai sokongan Android 5.0 keatas!)
Pastikan PlayStation anda dah tersedia dan on-kan nya!
Pertama sekali, pastikan anda dah on PS4 anda, dan buka tetapan dimana kita perlu on kan Remote Play bagi membolehkan sambunganya.
- Pergi ke tetapan PS4 anda;
- Tekan tetapan Remote Play;
- Pastikan anda tekan ‘Enable’ di kotak Remote Play.
Lakukan tetapan seterusnya ini untuk menyenangkan anda kelak!
Langkah seterusnya adalah pilihan anda sendiri tetapi sangat disyorkan untuk membuat sesi Remote Play ini agar lepas ini akan lebih mudah. Ini membolehkan anda menghidupkan PS4 dari ‘sleep’ dari PC, Mac atau peranti lain semasa anda melancarkan Remote Play.
- Pergi semula ke menu Tetapan;
- Tekan Power Save Settings;
- Pergi ke ‘Set Features Avilable di bahagian pemilihan ‘Rest Mode’;
- Pastikan PS4 anda masih disambungkan ke Internet, setkan kan ‘Stay Connected to the Internet’ dan ‘Enable Turning on PS4‘ dari Rangkaian kedua-duanya diaktifkan.
Dah selesai bab PS4, on telefon pintar Android anda pula!
Selepas tetapan pada PS4 selesai, anda mesti membuat tetapan pada telefon pintar Android anda untuk disambungkan.
- Muat turun dan install aplikasi Remote Play PS4 melalui Google Play Store;
- Sebaik sahaja sudah memuat turun, masukkan akaun PSN anda untuk mengakses ke aplikasi;
- Kemudian, anda mesti menambah peranti yang dipasangkan pada menu “Tetapan” kemudian “Tetapan Remote Play Connection “;
- Kod sambungan akan muncul dan masukkan pada telefon pintar Android anda;
- Selepas disambungkan, aplikasi Remote Play telah tersedia untuk digunakan.
Untuk diingatkan, hanya Android 10 sahaja boleh menerima sokongan DualShock 4 wireless.
Pastikan Internet anda stabil dan kuat!
Kemudahan bermain Remote Play PS4 akan jauh berjalan lancar dengan memastikan sambungan internet yang digunakan adalah stabil dan sangat cepat. Rangkaian internet yang baik dan sambungan pantas akan membuat run streaming PS4 tidak tertangguh dan dilaksanakan dengan prestasi maksimum.
Tetapi jika anda menggunakan Remote Play dekat dengan PS4, maka ciri ini akan berfungsi menggunakan rangkaian internet tempatan (LAN). Tetapi, rangkaian internet diperlukan apabila anda memasukkan akaun PSN anda melalui aplikasi Remote Play.
Jadi bagaimana? Dapat sambungkan Remote Play anda? Okay mainlah sepuas hati permainan video anda di peranti Android anda! Jangan lupa kongsikan artikel ini untuk kemudahan orang ramai okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post