Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ZUTOMAYO Umum Asia Tour 2026, Termasuk Konsert Di Singapura & Bangkok

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2025
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Konsert
0 0
0
ZUTOMAYO Umum Asia Tour 2026, Termasuk Konsert Di Singapura & Bangkok
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan sambutan hangat untuk jelajah antarabangsa sulung mereka pada 2024, kugiran rock dari Jepun yang diselubungi misteri, ZUTOMAYO, secara rasminya mengumumkan jelajah luar negara kedua mereka, JAPAN & ASIA TOUR ‘ZUTOMAYO INTENSE II’, yang bakal berlangsung pada tahun 2026.

Di bawah pimpinan vokalis dan komposer utamanya, ACA-Ne, siri jelajah ini akan membawa mereka membuat persembahan di sembilan bandar terpilih di seluruh Jepun dan Asia.

Meneruskan momentum daripada konsert mereka sebelum ini yang habis dijual, ZUTOMAYO akan kembali ke Seoul, Shanghai, dan Taipei, kali ini di pentas yang lebih gah dan berskala besar.

Satu berita gembira buat para peminat di rantau Asia Tenggara, jelajah ini akan turut menampilkan persembahan pertama ZUTOMAYO di Singapura dan Thailand.

Hentian baharu ini pastinya memberikan peluang keemasan kepada peminat dari Malaysia dan negara serantau untuk menyaksikan sendiri persembahan bertenaga mereka secara lebih dekat. Persembahan di Singapura telah ditetapkan pada 17 April di The Star Theatre, diikuti dengan konsert di Bangkok pada 2 Mei bertempat di Union Hall.

オモテ万博、ほんとありがとう。。 pic.twitter.com/Andbugi6H9

— ACAね a.k.a ネス湖のてっぺん (@zutomayo) September 2, 2025

ZUTOMAYO, singkatan daripada ‘Zutto Mayonaka de Iinoni’ (I Wish It Was Midnight All the Time), mula melonjak naik dalam arena muzik pada 2018 selepas kejayaan lagu debut mereka yang tular, ‘Byoushinwo Kamu’ (‘Bite the Second Hand’).

Identiti misteri adalah sebahagian besar daripada tarikan mereka, di mana ACA-Ne tidak pernah mendedahkan wajahnya secara penuh di atas pentas. ACA-Ne merupakan satu-satunya anggota tetap kugiran ini, dengan barisan pemuzik lain yang sering berubah, sekali gus menyumbang kepada evolusi bunyi mereka yang dinamik dan tersendiri.

あんときの特番、
Word is ZUTOMAYO?非効率と孤独

万博LIVE前記念に、うp🏹
見ながら湯船浸かってた〜https://t.co/APzoXDgK3I pic.twitter.com/WdPVS2iGtM

— ACAね a.k.a ネス湖のてっぺん (@zutomayo) September 1, 2025

Populariti mereka turut melonjak lagi melalui hasil sumbangan kepada beberapa siri anime yang terkenal. Antara sumbangan mereka termasuklah lagu penutup ‘Time Left’ untuk siri Chainsaw Man (2022), ‘Taidada’ untuk siri Dandadan (2024), serta lagu pembukaan ‘Warmthaholic’ untuk musim kedua Aharen-san wa Hakarenai pada April 2025.

Jadual penuh jelajah “ZUTOMAYO INTENSE II” adalah seperti berikut:

  • 28 Feb & 01 Mac: Nippon Budokan, Jepun
  • 14 Mac: KOREA UNIVERSITY, TIGER DOME, Seoul
  • 28 Mac: Lokasi akan diumumkan, Shanghai
  • 04 & 05 Apr: Yokohama Arena, Jepun
  • 17 Apr: The Star Theatre, Singapura
  • 24 & 25 Apr: Osaka Jo Hall, Jepun
  • 02 Mei: Union Hall, Bangkok
  • 16 Mei: Lokasi akan diumumkan, Taipei
  • 02 & 03 Jun: K-Arena Yokohama, Jepun

Butiran lanjut, termasuk perincian mengenai penjualan tiket serta pengesahan lokasi untuk konsert di Shanghai dan Taipei, dijangka akan dikongsikan kepada umum dalam masa terdekat.

Tags: ZUTOMAYO
ShareTweetSend
Previous Post

Mainan Terbaharu MATABLOX Bertemakan Ejen Ali The Movie 2 Rasmi Diperkenalkan!

Next Post

Detective Conan The Movie: One-Eyed Flashback Akan Memulakan Tayangan Umum Pada 18 September

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Detective Conan The Movie: One-Eyed Flashback Akan Memulakan Tayangan Umum Pada 18 September

Detective Conan The Movie: One-Eyed Flashback Akan Memulakan Tayangan Umum Pada 18 September

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd