Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mainan Terbaharu MATABLOX Bertemakan Ejen Ali The Movie 2 Rasmi Diperkenalkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 3, 2025
in Animasi, Artikel, Berita, Produk, Tempatan
0 0
0
Mainan Terbaharu MATABLOX Bertemakan Ejen Ali The Movie 2 Rasmi Diperkenalkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama blok binaan popular MATABLOX kini tampil dengan koleksi terbaharu yang diinspirasikan daripada filem animasi pecah panggung, Ejen Ali The Movie 2, hasil pengumuman daripada Soon Lee Seng Toys Sdn Bhd.

Koleksi yang disasarkan kepada kanak-kanak, para peminat, dan juga pengumpul ini bakal membawa peminat menyelami dunia Ejen Ali sekali lagi yang penuh aksi dan warna melalui pengalaman permainan yang kreatif dan interaktif.

Koleksi terbaharu MATABLOX edisi Ejen Ali The Movie 2 ini terdiri daripada empat set berbeza untuk dikumpul, yang setiap satunya diilhamkan daripada babak dan latar ikonik filem berkenaan: Island Protocol, Satria’s Keep, Enter Neonimus, dan Team I.R.I.S vs Pirates.

Peminat boleh membina, bermain, serta menghidupkan semula pengembaraan kegemaran mereka dengan setiap set, sebagai tanda penghargaan kepada salah satu francais animasi paling berjaya di Malaysia.

Majlis pelancaran rasmi siri terbaharu ini telah diadakan bersempena dengan ASEAN Digital Content Summit pada 3 September 2025, bertempat di Johor Bahru. Pengunjung acara tersebut telah diberikan peluang eksklusif untuk menjadi yang pertama mendapatkan set-set ini sebelum ia mula dijual di seluruh negara.

Di samping itu, produk edisi pertama yang terhad serta pelbagai promosi khas turut ditawarkan di dewan pameran.

Menurut Lim Han Boon, Ketua Pegawai Eksekutif Soon Lee Seng Toys Sdn Bhd:

“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Ejen Ali The Movie 2 untuk melancarkan siri MATABLOX baharu ini. Koleksi ini bukan sahaja meraikan bakat kreatif tempatan, tetapi juga menggalakkan permainan interaktif dan imaginasi dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga. Pelancaran di ASEAN Digital Content Summit memberi kami peluang untuk mempamerkan bagaimana IP tempatan mampu memberi inspirasi kepada produk bertaraf dunia.”

Sementara itu, Pengarah Ejen Ali The Movie 2, Usamah Zaid Yasin, turut meluahkan rasa gembiranya terhadap projek tersebut.

“Kami amat menghargai peluang untuk meneruskan kerjasama kami dengan SLS. Sejak dari awal kemunculan Ejen Ali, impian kami sememangnya adalah untuk membawa pengalaman melangkaui skrin untuk para peminat. Justeru, kami sangat teruja melihat babak-babak filem kami dihidupkan melalui siri MATABLOX yang baharu ini,” ulas beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila layari FB rasmi Ejen Ali.

Tags: Ejen AliMATABLOX
ShareTweetSend
Previous Post

Di Sebalik Tabir ADCS 2025: Peranan Johor Sebagai Gerbang Digital & Aspirasi Global Malaysia

Next Post

ZUTOMAYO Umum Asia Tour 2026, Termasuk Konsert Di Singapura & Bangkok

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
ZUTOMAYO Umum Asia Tour 2026, Termasuk Konsert Di Singapura & Bangkok

ZUTOMAYO Umum Asia Tour 2026, Termasuk Konsert Di Singapura & Bangkok

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd