2K telah mendedahkan pelbagai ciri-ciri dan kemas kini untuk The City dalam NBA 2K26, bagi membentuk pengalaman dalam talian yang lebih dinamik, mudah diakses dan kompetitif.
Rombakan ini, yang akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, dan Nintendo Switch 2, memperkenalkan susun atur bandar raya yang direka bentuk semula, sistem Crew baharu, dan kembalinya “Park” bermusim.
Fokus utama reka bentuk semula ini ialah kebolehcapaian. Susun atur The City telah diperkemas untuk membantu pemain masuk ke gelanggang dengan lebih pantas. Dari mana-mana sudut pandangan, pemain akan dapat melihat hampir setiap kawasan di The City, membolehkan navigasi yang pantas dan lancar.
Buat pertama kalinya, pemain di PlayStation 5 dan Xbox Series X|S akan dapat mengalami hab bandar yang luas ini pada kadar 60 FPS, memastikan pergerakan dan pan kamera yang lebih licin.

Mod Park kegemaran peminat kembali bersama struktur bermusim baharu yang direka untuk memastikan pengalaman sentiasa segar sepanjang tahun. Sebuah Park yang baharu dan unik akan diperkenalkan setiap musim, yang merangkumi versi remaster HD keempat-empat MyPARK ikonik dari NBA 2K16.
Persekitaran ini akan menampilkan estetika yang lebih realistik dan berpaksikan dunia sebenar. Musim 1 akan bermula dengan Skyline Park, sebuah lokasi serba baharu yang terletak dalam persekitaran bandar.
Pemain akan mempunyai cara baharu untuk bersaing, daripada bertarung untuk menjadi MVP Park hinggalah mendapatkan bonus Streak Breaker dengan menumpaskan streak pasukan lawan untuk mendapatkan lebih banyak VC.

Bagi memupuk semangat komuniti dan berpasukan, sistem Crew serba baharu membolehkan pemain membentuk pasukan bersama rakan dan ahli komuniti. Setiap Crew boleh mereka bentuk logo khas dan akan mempunyai tahap Crew yang dipaparkan pada papan nama MyPLAYER mereka.
Saiz Crew boleh terdiri daripada kumpulan kecil rakan-rakan rapat sehingga senarai 50 pemain. Dengan bermain bersama Crew dan melengkapkan matlamat mingguan, Crew akan mara melalui 30 tahap untuk membuka ganjaran eksklusif seperti pakaian berjenama khas, pengganda VC dan REP, dan banyak lagi!

Kehebatan pemain akan dipaparkan sepenuhnya dengan pengenalan leaderboard dan patung-patung baharu yang tersebar di seluruh The City.
Leaderboard akan menjejaki pemain-pemain berprestasi tinggi dalam pelbagai mod, dengan pemain di kedudukan nombor satu bagi setiap mod akan diabadikan dengan patung setinggi 12 kaki di luar bangunan mod tersebut.
Papan pendahulu Geo Rank akan membolehkan pemain bersaing untuk penguasaan serantau dan memperoleh gaya khas tersendiri yang ditunjukkan semasa intro sebelum perlawanan, manakala papan Crew Leaderboard akan menentukan skuad mana yang benar-benar menguasai The City.

Bagi memperkayakan lagi landskap kompetitif, The City akan menganjurkan Pro-AM Summit dua kali semusim, menawarkan kejohanan 3v3 atau 5v5 dengan ganjaran elit sebagai habuan. Bagi mereka yang ingin mengasah kemahiran, mod Street Kings yang baharu menyediakan cabaran menentang boss CPU yang mahir.
Mod ini akan ditempatkan di satu lokasi yang mudah, menampilkan seni bina berinspirasikan Rom, yang mengambil alih gelanggang dari NBA 2K25.
Kemas kini tambahan untuk keselesaan gameplay NBA 2K26 termasuk pelbagai cabaran baharu Beginner, Daily, Seasonal dan Lifetime, keupayaan untuk bertukar antara MyPLAYER dengan mudah tanpa meninggalkan The City, dan MyCOURT yang dikemas kini bagi pemain melatih kemahiran mereka dan banyak lagi.
Untuk info penuh tentang ciri-ciri baharu, layari laman web rasmi NBA 2K26.









Discussion about this post