Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG: BATTLEGROUNDS Akan Hentikan Sokongan Untuk PS4 dan Xbox One!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 14, 2025
in Artikel, Battle Royale, Berita, PS4, Shooter, Xbox One
0 0
0
PUBG: BATTLEGROUNDS Akan Hentikan Sokongan Untuk PS4 dan Xbox One!
Share on FacebookShare on Twitter

KRAFTON dan pembangun PUBG Studios telah mengumumkan secara rasmi bahawa game battle royale free-to-play PUBG: BATTLEGROUNDS akan menamatkan perkhidmatan untuk PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One pada 13 November 2025.

Pada hari yang sama, game ini akan beralih ke versi natif untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.

Langkah ini, yang merupakan sebahagian daripada pelan hala tuju 2025 yang diumumkan sebelum ini, dilihat sebagai satu evolusi yang perlu untuk game yang telah lama beroperasi ini.

Dalam satu kenyataan, Pasukan PUBG: BATTLEGROUNDS menjelaskan keputusan itu dibuat “untuk menyediakan pemain dengan persekitaran gameplay yang lebih stabil di konsol dan memastikan pengalaman yang lebih lancar dan bersepadu dengan kemas kini akan datang.”

Peralihan ke perkakasan generasi semasa ini dijangka akan memberikan manfaat teknikal yang besar, termasuk visual yang lebih baik, frame rate yang lebih stabil, dan pengurangan isu crash melalui pengoptimuman berkaitan memori.

Apakah Maksudnya untuk Pemain

Bagi jutaan pemain yang masih menggunakan PS4 atau Xbox One, PUBG tidak lagi boleh dimuat turun atau dimainkan selepas penyelenggaraan server langsung pada 13 November.

Walau bagaimanapun, KRAFTON telah memberi jaminan kepada pemain bahawa semua data akaun sedia ada, termasuk item yang dibeli dan kemajuan, akan disimpan dengan selamat.

Pemain hanya perlu log masuk di PlayStation 5 atau Xbox Series X|S menggunakan akaun sedia ada mereka untuk terus bermain tanpa sebarang proses pemindahan yang berasingan.

Laluan naik taraf akan sedikit berbeza antara platform:

  • PlayStation: Pengguna perlu memuat turun versi PUBG: BATTLEGROUNDS baharu yang khusus untuk PlayStation 5 dari PlayStation Store.
  • Xbox: Pengguna yang telah install game ini akan menerima versi generasi semasa secara automatik melalui sistem Smart Delivery.

Bagi pemain yang ingin mendapatkan bayaran balik untuk pembelian seperti BATTLEGROUNDS Plus, KRAFTON menasihatkan bahawa ia akan diuruskan mengikut polisi dan prosedur bayaran balik setiap platform. Pemain disyorkan untuk menghubungi pasukan sokongan pelanggan platform masing-masing untuk maklumat lanjut.

Sasaran Prestasi Baharu untuk Konsol Generasi Semasa

Dengan tumpuan dialihkan secara eksklusif kepada perkakasan moden, PUBG Studios telah menggariskan spesifikasi prestasi baharu:

  • Xbox Series S: Akan menawarkan dua mod: 1080p pada 60 FPS (Performance Mode) atau 1440p pada 30 FPS (Resolution Mode).
  • Xbox Series X: Resolusi Dynamic 4K pada 60 FPS.
  • PlayStation 5: Resolusi 1440p pada 60 FPS.
  • PlayStation 5 Pro: Resolusi Dynamic 4K pada 60 FPS.

Pihak pembangun menekankan bahawa pengalaman 60 FPS yang stabil adalah matlamat utama untuk memastikan keadilan dalam persekitaran cross-play. Spesifikasi ini ditentukan selepas ujian yang meluas untuk memastikan game ini dioptimumkan untuk kestabilan dan kemas kini kandungan pada masa hadapan.

Tags: PS4pubgXbox One
ShareTweetSend
Previous Post

SPY x FAMILY Versi Dub Suara Bahasa Melayu Kini Di TV3!

Next Post

Football Manager 26 Tampilkan Teaser Pertama, Entri Terbaharu Selepas Pembatalan FM25

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Football Manager 26 Tampilkan Teaser Pertama, Entri Terbaharu Selepas Pembatalan FM25

Football Manager 26 Tampilkan Teaser Pertama, Entri Terbaharu Selepas Pembatalan FM25

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd