Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Family Game Park Kembali Ke Tokyo Game Show 2025 Dengan Aktiviti Menarik Untuk Semua Jenis Umur

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo
0 0
0
Family Game Park Kembali Ke Tokyo Game Show 2025 Dengan Aktiviti Menarik Untuk Semua Jenis Umur
Share on FacebookShare on Twitter

Computer Entertainment Supplier’s Association (CESA) telah mengumumkan Family Game Park, salah satu tarikan utama dalam Tokyo Game Show 2025 (TGS2025) yang akan berlangsung pada 27 dan 28 September di Makuhari Messe, Chiba.

Zon mesra keluarga ini direka khas untuk kanak-kanak sekolah rendah dan menengah bersama penjaga mereka, menawarkan keseronokan gaming, pembelajaran, dan hiburan: dengan kemasukan percuma pada hari terbuka kepada umum.

Ruang Mesra untuk Keluarga

//
ファミリーゲームパーク開催決定🏡✨
\

「学ぶ」と「遊ぶ」の両面からゲームの世界を楽しめる
入場無料のエリアが今年も開催決定✨
今年も様々なコンテンツをご用意しました!

✅アソビバ!
小中学生専用のゲームの試遊コーナー
✅マナビバ!
ゲーム作りワークショップや展示のコーナー… pic.twitter.com/svD7fP9Cd5

— TOKYO GAME SHOW/東京ゲームショウ (@tokyo_game_show) July 23, 2025

Bertempat di Dewan Acara Tokyo Game Show 2025, Family Game Park akan dibahagikan kepada dua zon utama: Asobiba! dan Manabiba!.

Zon Asobiba! menyediakan ruang interaktif di mana kanak-kanak boleh mencuba pelbagai game terkini yang sesuai dengan umur mereka, dibawakan oleh syarikat-syarikat besar seperti CAPCOM, GRYPHLINE, KONAMI Digital Entertainment, Samsung SSD, SQUARE ENIX, SEGA, Sony Interactive Entertainment, TV Game Magazine, Dream Online, Bandai Namco Entertainment, room6, dan LEVEL-5.

Sementara itu, Manabiba! memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali dunia pembangunan game melalui bengkel interaktif dan pameran kerjaya dalam industri gaming. Penyertaan bengkel memerlukan tiket bernombor yang akan diedarkan secara “siapa cepat, dia dapat” di lokasi acara.

Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai persembahan pentas khas untuk kanak-kanak, sesi pertemuan bersama watak-watak popular, serta rali setem yang membolehkan peserta mengumpul setem di sekitar kawasan pameran untuk menebus hadiah.

Zon makanan pula menawarkan pelbagai sajian mesra kanak-kanak dari trak makanan popular serta menu bertemakan watak khas, memastikan tenaga kekal sepanjang hari.

CESA turut menyediakan sudut khas bertajuk “Learning Together: The Guide to Gaming – How to Enjoy Games Safely” bagi membantu keluarga mengamalkan tabiat gaming yang sihat.

Walaupun kemasukan ke Family Game Park adalah percuma, pelajar sekolah rendah menengah dan ke atas masih perlu membeli tiket khas untuk mengakses bahagian TGS2025 yang lain.

Pendaftaran Influencer Dibuka 5 Ogos

TGS2025 turut mengalu-alukan penyertaan influencer dan pencipta kandungan video, dengan proses pendaftaran dibuka mulai 5 Ogos. Influencer boleh mendaftar sebagai Invited Influencer (dijemput oleh agensi atau MCN) atau General Influencer (individu berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat pengikut media sosial TGS2025).

Kedua-dua kategori ini memerlukan pendaftaran awal dan akan disemak oleh Pejabat PR TGS, dengan yuran penyertaan sebanyak ¥1,100 (termasuk cukai), serta tambahan ¥1,650 bagi seorang pengiring.

Mereka yang terpilih akan diberikan akses ke Creator Lounge, ruang eksklusif untuk berinteraksi dan mencuba game baharu. Invited Influencer boleh menghadiri acara dari 25 hingga 28 September, termasuk Business Day, manakala General Influencer akan diberi akses dari 26 hingga 28 September.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pendaftaran, sila lawati laman rasmi untuk influencer TGS.

Untuk info selanjutnya, layari laman web rasmi Tokyo Game Show.

Tags: Family Game Park
ShareTweetSend
Previous Post

Borderlands 4 Akan Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada 3 Oktober!

Next Post

Game Teka-Teki Santai “Pokémon Friends” Boleh Dimuat Turun Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
Game Teka-Teki Santai “Pokémon Friends” Boleh Dimuat Turun Sekarang!

Game Teka-Teki Santai "Pokémon Friends" Boleh Dimuat Turun Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd