Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands 4 Akan Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada 3 Oktober!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2025 - Updated on September 9, 2025
in Action, Artikel, Berita, BL4, Epic Store, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Borderlands 4 Akan Tiba Di Nintendo Switch 2 Pada 3 Oktober!
Share on FacebookShare on Twitter

2K dan Gearbox Software telah mengesahkan bahawa Borderlands 4 akan dilancarkan di Nintendo Switch 2 pada 3 Oktober, hanya beberapa minggu selepas pelancarannya di PlayStation 5, Xbox Series X/S, dan PC menerusi Steam dan Epic Games Store pada 12 September.

Pengumuman ini memperluaskan lagi capaian siri looter-shooter kegemaran ramai, yang kini dibawa ke konsol generasi baharu Nintendo dengan segala aksi kacau-bilau yang menjadi identitinya.

An important message regarding the Nintendo Switch 2 version of Borderlands 4: pic.twitter.com/Wc5MwAU2bm

— Randy Pitchford (@DuvalMagic) July 22, 2025

Berlatarbelakangkan planet baharu bernama Kairos, Borderlands 4 mengekalkan gaya gameplay pantas dan humor pelik yang sinonim dengan francais ini.

Pemain akan mengawal salah seorang daripada empat Vault Hunter baharu, masing-masing memiliki Action Skill tersendiri dan skill tree yang boleh diubah suai, dalam usaha menumpaskan Timekeeper — seorang diktator zalim yang pemerintahannya mula goyah akibat bencana besar yang melanda dunia tersebut.

Game ini menampilkan sistem combat bebas dan pantas dengan elemen pergerakan dinamik, membolehkan pemain menumpaskan gelombang musuh termasuk mesin pembunuh, penyamun kejam, dan makhluk buas sambil mengutip pelbagai senjata daripada koleksi yang mencecah pelbagai variasi.

Sebagai imbasan untuk para peminat, Borderlands 4 menyokong mod permainan solo dan cooperative, termasuk two-player split-screen atau sehingga empat pemain secara dalam talian.

Pemain akan disajikan dengan pertarungan bos yang epik, ganjaran tanpa batas, serta gabungan watak baharu dan watak ikonik dari siri terdahulu yang menghidupkan lagi dunia fiksyen sains ini.

Dengan pelancaran rasmi Borderlands 4 untuk Nintendo Switch 2 pada 3 Oktober, game ini bersedia untuk memperkenalkan dirinya kepada khalayak baharu, sekaligus menjadikannya antara judul wajib bagi peminat setia dan pemain baharu yang ingin menyertai keseronokan.

Tags: Borderlands 4
ShareTweetSend
Previous Post

WUCHANG: Fallen Feathers – Aksi Wuxia Soulslike Memukau, Tapi Hanya Untuk Mereka Yang Mampu Bertahan

Next Post

Family Game Park Kembali Ke Tokyo Game Show 2025 Dengan Aktiviti Menarik Untuk Semua Jenis Umur

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Family Game Park Kembali Ke Tokyo Game Show 2025 Dengan Aktiviti Menarik Untuk Semua Jenis Umur

Family Game Park Kembali Ke Tokyo Game Show 2025 Dengan Aktiviti Menarik Untuk Semua Jenis Umur

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd