KONAMI telah mengumumkan ketibaan Pelé, legenda yang digelar “Raja Bola Sepak,” ke dalam dunia digital eFootball buat julung kalinya, bersempena ulang tahun ke-30 francais ikonik ini.
Diiktiraf secara meluas sebagai pemain bola sepak terhebat sepanjang sejarah, Pelé dikenali kerana kemahiran teknikalnya yang luar biasa, kreativiti di atas padang, dan karisma yang memukau.
Sebagai antara penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak, sumbangan beliau amat besar dalam menjadikan sukan ini fenomena global. Kini, para peminat boleh merasai kehebatan Pelé dalam bentuk eFootball.
Raja Bola Sepak Memasuki Padang

Pelé tampil sebagai watak “Epic: Pelé,” satu kad pemain istimewa sempena ulang tahun ke-30 siri ini. Beliau menjadi pemain pertama dalam eFootball yang memiliki dua skil istimewa tersendiri: Phenomenal Finish dan Phenomenal Pass.
Bersama legenda seperti Johan Cruyff dan Ferenc Puskás, kehadiran Pelé memberi peluang kepada pemain untuk membina Dream Team yang diisi nama-nama paling disegani dalam sejarah bola sepak.
3 Dekad eFootball

Sejak mula diperkenalkan pada 1995 sebagai Winning Eleven (kemudian dikenali sebagai Pro Evolution Soccer atau PES), eFootball telah menjadi salah satu game simulasi bola sepak paling berpengaruh di dunia, menarik minat jutaan peminat di seluruh dunia.
Bagi meraikan ulang tahun ke-30 ini, KONAMI melancarkan kempen global yang meriah dengan pelbagai kandungan eksklusif dalam game, acara menarik, serta pengalaman yang meraikan komuniti pemain.

Sepanjang tempoh kempen, pemain yang log masuk berpeluang menebus pelbagai ganjaran menarik termasuk bintang ternama seperti Lionel Messi dan Lamine Yamal. Kempen “Series 30th Anniversary” ini juga mengajak pemain menyertai Event khas dan eFootball League untuk menyelesaikan Objektif dan membuka pelbagai hadiah seperti:
- “eFootball 30th Anniversary” Strip
- “Epic: Legends Assemble Special” Selection Contract x1
- “Big Time: 30th Anniversary” Chance Deal x7
- Advanced Skill Training x1
- Random Booster Token x1
- Skill Training Program x1
- Position Training Program x2
- 100 eFootball Coins
- 120,000 Exp.
- 210,000 GP
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post