Dalam acara Summer Game Fest tahun ini, Hangar 13 telah memperkenalkan story trailer bertajuk “Loyalty is Everything” untuk Mafia: The Old Country, bab terbaharu dalam siri game Mafia yang ikonik.
Berlatarbelakangkan dunia jenayah kejam di Sicily sekitar awal 1900-an, trailer ini menampilkan watak utama Enzo Favara: seorang anak muda yang terheret dalam pergolakan antara dua keluarga mafia, Torrisi dan Spadaro.
Dengan tugasan dari ketua keluarga, perjalanan Enzo menjanjikan sebuah kisah tentang kesetiaan dan pengkhianatan, yang berlaku di bandar rekaan San Celeste.
Dibangunkan oleh Hangar 13 dan diterbitkan oleh 2K, Mafia: The Old Country merupakan entri utama keempat dalam francais ini. Sebagai sebuah prekuel, ia menyelami sejarah awal dunia Mafia di Sicily, menawarkan pengalaman baru kepada para peminat apabila ia dilancarkan nanti.
Game ini bakal dilancarkan pada 8 Ogos 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam — menandakan kepulangan francais ini kepada akarnya. Berbeza dengan pendekatan open world seperti dalam Mafia III, judul baharu ini menampilkan struktur naratif yang lebih linear, diinspirasikan oleh game asal.
Menggunakan Unreal Engine 5 bersama teknologi MetaHuman, game ini membawakan persekitaran sinematik yang penuh perincian sejarah termasuk pertarungan pisau ala Sicily, senapang lupara, serta perjalanan sama ada berjalan kaki, menunggang kuda atau menaiki kereta klasik.
Lakonan suara turut disampaikan dalam dialek Sicily sepenuhnya, menambahkan lagi rasa autentik kepada suasana luar bandar dan kota Sicily pada era tersebut.
Selain itu, Future Games Show Summer Showcase turut mempersembahkan sinematik The Initiation: sebuah babak yang menunjukkan Enzo mengangkat sumpah setia kepada keluarga Torrisi.
Presiden Hangar 13, Nick Baynes, dan Pengarah, Alex Cox, turut berkongsi visi mereka untuk prekuel ini, menekankan fokus kepada asal-usul dunia jenayah terancang dalam latar baharu yang unik.
“Kesetiaan ini mengikat. Tiada maaf bagi pengkhianatan. Khianati satu, bermakna khianat kepada semua,” menurut dialog dalam sinematik tersebut — menggambarkan perjuangan Enzo dalam membuktikan dirinya dalam dunia di mana kesetiaan adalah segalanya.
Maklimat lanjut di https://2kgam.es/Mafia
@gamersantaimy
Discussion about this post