Kami mendapat mencuba Disney TSUM TSUM Festival menjelang pelancarannya pada 8 November untuk Nintendo Switch di GameStart 2019! Watak kegemaran Disney kami ini dipaparkan dalam permainan parti ini yang hampir mirip dengan Mario Party. Booth di GameStart mempunyai dua mode untuk kami cuba:
Ice Cream Stacker

Gerakkan Joy-Con ke kanan atau kiri untuk mengawal kon ais krim. Ais krim baru akan jatuh dari atas pada tempoh waktu tertentu, dan pemain perlu kumpulkan setiap ais kirm di kon. Pada satu tempoh tertentu, “Fever Mode” akan aktif, dan banyak aiskrim akan jatuh, dan anda akan mendapat lebih banyak mata.
Bubble Hockey

Ingat tak game air hockey? Ini adalah versi Disney TSUM TSUM punya! Pelbagai buff item akan berada di atas meja untuk menguatkan watak-watak. “Fever Mode” juga boleh digunakan di sini, dan menghasilkan lebih banyak cakera untuk membolehkan kemenangan yang lebih mudah. Selepas 2 pusingan, pemain akan menukar posisi.
Seperti yang anda harapkan, ini adalah permainan parti keluarga, sesuai untuk semua peringkat umur. Banyak watak tsum tsum boleh didapati dalam permainan, tetapi booth hanya membenarkan Mickey dan Minnie sahaja. Tempoh panjang permainan adalah kira-kira 5 minit.
![[GameStart 2019] Kami mencuba demo Disney TSUM TSUM Festival! Penuh Kecomelan!](https://cdn.gamersantai.com/2019/10/disney-tsum-tsum-fp-750x375.jpg)








Discussion about this post