Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2025
in Artikel, Berita, Epic Store, Microsoft, PC, PS5, Seram, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami bersama pembangun NeoBards Entertainment mengesahkan bahawa Silent Hill f akan dilancarkan pada 25 September untuk platform PlayStation 5, Xbox Series, serta PC melalui Steam, Epic Games Store dan Microsoft Store. Pemain yang berminat kini boleh membuat pra-tempahan bagi judul seram yang dinanti-nantikan ini.

Dalam game spin-off ini, pemain akan mengendalikan watak Shimizu Hinako, seorang pelajar sekolah menengah dari Ebisugaoka yang merungkai misteri di kampung halamannya yang dilitupi kabus tebal.

Game ini mengetengahkan elemen seram psikologi dan naratif, menuntut pemain menyelesaikan teka-teki rumit serta menghadapi pertempuran sengit dalam dunia mimpi ngeri Jepun era 1960-an.

Menurut penerbit Motoi Okamoto dari Konami, tema utama pembangunan game ini adalah “mencari keindahan dalam ketakutan,” dan pendekatan itu jelas terlihat dalam pelbagai aspek utama permainan.

Silent Hill f menampilkan gambaran autentik Jepun pada era 60-an, lengkap dengan suasana bandar berkabus yang direka secara terperinci. Dunia yang imersif ini turut disokong dengan paparan 4K, membolehkan pemain merasai pengalaman visual yang menyeramkan namun memukau secara sepenuhnya.

Dari aspek visual dan audio, game ini menyatukan elemen keindahan dan ketakutan dengan berkesan. Rekaan raksasa yang dicipta oleh artis terkenal, kera, menggabungkan unsur seram Jepun dengan gaya ikonik Silent Hill.

Diiringi muzik latar ciptaan Akira Yamaoka dan Kensuke Inage, muzik game ini bukan sahaja membangkitkan nostalgia, malah melengkapkan suasana baharu yang lebih menghantui.

Teka-teki dalam Silent Hill f berakar daripada trauma psikologi dan penderitaan dalaman, berkait rapat dengan jalan cerita hasil tulisan Ryukishi07. Teka-teki ini diinspirasikan daripada unsur budaya Jepun seperti patung orang-orang, menghasilkan detik-detik yang mengganggu emosi dan memberi kesan, seperti yang ditonjolkan dalam trailer.

Dari segi gameplay, combat dalam Silent Hill f lebih berteraskan aksi, dengan penekanan terhadap pertempuran jarak dekat—berbeza dengan pendekatan Silent Hill 2 tahun lalu. Cabaran yang dihadapi Hinako bukan sahaja fizikal, malah turut mencerminkan konflik dalaman yang perlu diatasi, menambah lapisan naratif yang lebih kompleks.

Game ini direka untuk mudah diakses oleh pemain baharu, sambil menyelitkan pelbagai rujukan dan “Easter eggs” untuk peminat tegar siri ini. Okamoto menyarankan Silent Hill f kepada semua yang menggemari francais Silent Hill mahupun karya Ryukishi07, dengan janji sebuah kisah yang memikat serta pengalaman aksi yang mencabar.

Tags: Silent Hill f
ShareTweetSend
Previous Post

PRAGMATA Akan Datang 2026 – Pengembaraan Sci-Fi Terbaru Dari Capcom

Next Post

Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SILENT HILL: Townfall – Sebanyak Lima ‘Ending’ Berdasarkan Cara Kita Main & Mengapa Beralih Ke First-Person?
Temuramah

SILENT HILL: Townfall – Sebanyak Lima ‘Ending’ Berdasarkan Cara Kita Main & Mengapa Beralih Ke First-Person?

July 29, 2026
Previu SILENT HILL: Townfall – Perspektif First-Person Combat Yang Bikin Cemas
Preview

Previu SILENT HILL: Townfall – Perspektif First-Person Combat Yang Bikin Cemas

July 29, 2026
Zenless Zone Zero – Version 3.1 Menambah Agent S-Rank Percuma, Elemen Lumiflux & Ganjaran Ulang Tahun Ke-2
Berita

Zenless Zone Zero – Version 3.1 Menambah Agent S-Rank Percuma, Elemen Lumiflux & Ganjaran Ulang Tahun Ke-2

July 29, 2026
Next Post
Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!

Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd