Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 5, 2025
in Artikel
0 0
0
Digimon Story: Time Stranger Akan Keluar 3 Oktober, Pre-Order PS5 Bermula!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment bersama pembangun Media.Vision mengumumkan bahawa Digimon Story: Time Stranger akan dilancarkan pada 3 Oktober untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Game ini pertama kali diperkenalkan ketika acara State of Play pada bulan Februari, dan trailer terbaharu menampilkan lebih banyak info tentang jalan cerita, watak-watak serta pelbagai pilihan kostum dan penyesuaian Digimon: memberikan gambaran awal tentang pengembaraan yang bakal dialami oleh para pemain.

Digimon Story: Time Stranger ialah sebuah RPG yang membawa pemain merentas dunia nyata dan digital, termasuk dunia digital bernama Iliad. Di sana, pemain berpeluang untuk mengumpul, menjinakkan dan bertarung bersama lebih 450 Digimon yang berbeza.

Game ini juga sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan genre RPG, menawarkan naratif bersama sistem pertempuran yang diperbaharui serta pelbagai pilihan penyesuaian.

Pemain akan membentuk ikatan dengan Digimon mereka, meningkatkan kebolehan masing-masing dan menyelami kisah misteri yang menjangkaui masa dan ruang demi menyelamatkan kedua-dua dunia.

Pra-tempahan kini telah dibuka untuk versi PlayStation, manakala versi Xbox dan Steam akan menyusul tidak lama lagi. Mereka yang membuat pra-tempahan akan menerima beberapa ganjaran istimewa seperti kostum Uniform of Certain School, set item pengembaraan, serta Digimon edisi khas: Agumon (Black) dan Gabumon (Black).

Tiga edisi game akan ditawarkan:

  • Edisi Standard: Mengandungi game asas bersama bonus pra-tempahan seperti kostum Uniform of Certain School, set Adventure Item, Agumon (Black) dan Gabumon (Black).
  • Edisi Digital Deluxe: Menawarkan semua kandungan dari edisi Standard, tambahan kostum Cyber Sleuth Set serta Season Pass.
  • Edisi Digital Ultimate: Merangkumi semua kandungan dari edisi Digital Deluxe, bersama Costume Pack (tiga kostum setiap watak, tiga misi sampingan tambahan), akses awal kepada Agumon dan Gabumon khas dengan syarat Digivolution yang telah dibuka, kostum Public Safety Suit, set Special Supplies serta Cyber Sleuth BGM Pack.

Season Pass pula akan menyertakan tiga pek DLC, setiap satunya mengandungi lima Digimon baru dan satu episod tambahan, serta hiasan eksklusif untuk Digifarm iaitu Golden Moai.

Bandai Namco dijangka akan berkongsi lebih banyak maklumat menjelang pelancaran rasminya pada 3 Oktober ini.

Tags: Digimon Story: Time Stranger
ShareTweetSend
Previous Post

Silent Hill f Membuka Pre-Order, Akan Dilancarkan 25 September!

Next Post

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

Final Fantasy Tactics: The Ivalice Chronicles – Remaster Kepada RPG Taktikal Kesayangan Ramai

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd