Peminat anime kini berpeluang mendaftar untuk The Seven Deadly Sins: Origin, sebuah RPG aksi open-world yang sangat dinantikan berdasarkan anime dan manga yang sama.
Bermula 1 Jun, pra-pendaftaran dibuka untuk semua platform utama—konsol, PC dan peranti mobile—membuka laluan kepada pengembaraan epik bersama Tristan, anak kepada Meliodas dan Elizabeth, dalam usaha membetulkan masa dan ruang yang telah terpesong di dunia Britannia.
Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5 yang terkenal dengan keupayaan visualnya, The Seven Deadly Sins: Origin mempersembahkan naratif multiverse yang sepenuhnya asli.
Pemain akan mengikuti perjalanan Tristan yang menggunakan kuasa misteri Book of Stars, sebuah loket ajaib yang mampu menghubungkan pelbagai garis masa dan menyimpan potensi yang tidak terhingga.
Dalam pengembaraannya, Tristan turut disertai oleh Tioreh, seorang gadis pari-pari penuh semangat dari Fairy King’s Forest, dan Clotho, seorang watak misteri yang membimbing mereka menuju asal-usul peninggalan kuno yang dipenuhi rahsia.
Pengalaman bermain dipertingkatkan dengan sistem combat yang dinamik, menggabungkan kemahiran serta senjata unik bagi setiap watak. Dunia terbuka yang luas turut menawarkan pelbagai aktiviti penerokaan seperti terbang, menyelam dan memancing, menjadikan dunia dalam permainan ini hidup dan penuh warna.
Gaya visual yang mengekalkan keaslian seni anime menjadikan setiap detik seolah-olah pemain sedang berada dalam siri animasi itu sendiri.
Laman rasmi yang dilancarkan pada 2 Jun menyediakan pelbagai maklumat menarik termasuk pengenalan watak, latar dunia yang terperinci, perancangan kandungan masa hadapan, serta pautan ke saluran komuniti rasmi. Mereka yang mendaftar awal akan berpeluang menikmati ganjaran istimewa serta akses ke Ujian Beta Tertutup (CBT).
Peminat juga boleh menambah game ini ke dalam wishlist mereka di PlayStation dan Steam.
Menambahkan lagi keterujaan, trailer baharu yang menampilkan grafik serta penceritaan akan dipertontonkan di Summer Game Fest pada 6 Jun dan Future Games Show pada 7 Jun.
@gamersantaimy
Discussion about this post