Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Masak Co-op ‘SEDAP! A Culinary Adventure’ Akan Datang 22 Mei, Menyokong Bahasa Melayu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2025
in Action, Artikel, Berita, Multiplayer, PC, Steam
0 0
0
Game Masak Co-op ‘SEDAP! A Culinary Adventure’ Akan Datang 22 Mei, Menyokong Bahasa Melayu
Share on FacebookShare on Twitter

Sedia untuk memanaskan kuali dan mengasah pisau anda? SEDAP! A Culinary Adventure, sebuah game masak dan aksi cooperative yang penuh warna-warni, bakal dilancarkan di Steam untuk PC pada 22 Mei 2025.

Dibangunkan oleh Kopiforge, sebuah studio dari Singapura, dan diterbitkan oleh Isolated Games Publishing serta IndieArk, game ini menawarkan gabungan menarik antara aksi dapur yang riuh dan pengembaraan epik. Lebih istimewa, ia hadir dengan sokongan bahasa Melayu semasa pelancaran.

Mengambil tempat di Khaya Island yang misteri, pemain akan mengawal Som the Cooker dan Gon the Hunter, dua watak yang mengendalikan food truck dalam dunia fantasi yang diinspirasikan oleh Asia Tenggara.

Game ini membawa anda ke dunia yang kaya dengan budaya, memaparkan lebih daripada 50 hidangan autentik termasuk nasi goreng, nasi ayam, cendol, dan teh tarik, semuanya diilhamkan oleh masakan Asia Tenggara.

Kredit: Kopiforge

SEDAP! menggabungkan elemen memasak secara cooperative dengan pengembaraan aksi merentasi 42 tahap penuh cabaran, tersebar di tiga biom unik. Pemain perlu mencari bahan-bahan dengan melawan makhluk liar sebelum kembali ke dapur untuk menyediakan hidangan lazat.

Mekanik “Makanomicon”, iaitu buku resipi yang pemain boleh isi dengan menguasai pelbagai hidangan, menambah elemen kemajuan dalam game. Sama ada bermain secara solo, multiplayer tempatan, atau online co-op, SEDAP! menjanjikan pengalaman yang lebih menyeronokkan apabila dinikmati bersama rakan.

Kredit: Kopiforge

Gaya seni permainan yang ceria dan estetik bertemakan Asia Tenggara telah mendapat perhatian, menjadikan SEDAP! antara game yang paling banyak dimasukkan dalam wishlist di Steam. Demo percuma juga kini tersedia, membolehkan pemain mencuba sendiri aksi game ini.

Treler pelancaran PC yang terkini, memaparkan rakaman gameplay baharu, turut telah diterbitkan, menyerlahkan mekanik memasak dan pertempuran.

Kredit: Kopiforge

Lebih menarik, runut bunyi rasmi permainan, SEDAP! A Culinary Soundtrack, yang menampilkan 15 muzik original menggunakan alat tradisional Asia Tenggara, akan dilancarkan serentak dengan game di Steam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: SEDAP! A Culinary Adventure
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA Umum Virtua Fighter 5 R.E.V.O. Untuk Konsol, Termasuk Nintendo Switch 2

Next Post

Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!

Silver Palace - Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd