Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 13, 2025
in Action, Adventure, Android, Artikel, Berita, iOS, Konsol, Mobile, Open World, PC, RPG
0 0
0
Silver Palace – Open-World Action RPG Baru, Bakal Jadi Pesaing Genshin Impact & WuWa!
Share on FacebookShare on Twitter

Elementa sebagai penerbit dan Silver Studio selaku pembangun telah mengumumkan Silver Palace, sebuah tajuk open-world action RPG dengan tema pengembaraan fantasi yang dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5.

Game ini akan tersedia untuk konsol, PC, iOS, dan Android, namun tarikh pelancarannya masih belum ditentukan. Peminat kini boleh mendaftar awal melalui laman web rasmi, dengan trailer baharu dan video gameplay selama 10 minit yang memperlihatkan dunia permainan yang menakjubkan.

Silver Palace membawa pemain ke Silvernia, sebuah metropolis perindustrian yang menggabungkan estetika era Victoria dengan gaya watak anime dan sistem combat dinamik. Bandar ini berkembang pesat berkat sumber tenaga misteri yang dikenali sebagai Silverium, yang bukan sahaja memacu kemajuan tetapi juga mencetuskan konflik.

Pemain akan berperanan sebagai seorang detektif yang kembali ke Silvernia pada tahun ketiga pemerintahan Queen Feliana, dibayangi oleh tragedi peribadi tiga tahun lalu.

Sebagai detektif, pemain akan menyiasat jenayah dan membongkar misteri Silverium sambil mengharungi bandar yang dipenuhi perebutan kuasa antara korporat besar, sindiket jenayah, sekutu diraja, dan penganut kultus.

Kredit: Silver Studio

Dari segi gameplay, Silver Palace menawarkan aksi mendebarkan dengan sistem real-time combat. Pemain boleh bertukar antara watak, melancarkan skil hebat, dan melakukan kombo melalui sistem Quick Time Event (QTE).

Eksplorasi menjadi komponen utama permainan, dengan pemain menyiasat lokasi jenayah, mencari petunjuk, dan bertarung dengan pelbagai musuh di daerah-daerah luas Silvernia. Pilihan dialog dan misi berasaskan cerita turut menambah pengalaman, membolehkan interaksi dengan watak-watak menarik.

Visual Silver Palace benar-benar menyerlah melalui kekuatan Unreal Engine 5, memaparkan persekitaran era Victoria yang terperinci serta rekaan watak bergaya anime. Gaya seni yang memukau, digabungkan dengan runut bunyi yang menghidupkan suasana, mencipta pengalaman fantasi gelap yang mempesonakan.

Selain itu, game ini mungkin menyertakan mekanik gacha, yang biasa dalam RPG mobile, tetapi turut disesuaikan untuk menarik minat pemain di platform konsol dan PC seperti Genshin Impact, dan Wuthering Waves.

Kredit: Silver Studio

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar awal, layari laman web rasmi Silver Palace dan jadilah antara yang terawal mengembara ke dunia Silvernia.

Tags: Silver Palace
ShareTweetSend
Previous Post

Game Masak Co-op ‘SEDAP! A Culinary Adventure’ Akan Datang 22 Mei, Menyokong Bahasa Melayu

Next Post

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid – Jom Sertai Acara!

Siri ROG Phone 9 Meriahkan HOK Mastery Arena di Sunway Pyramid - Jom Sertai Acara!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd