Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta Jujutsu Kaisen Akhirnya Jelaskan Punca Kekalahan Gojo Kepada Sukuna!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 25, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Pencipta Jujutsu Kaisen Akhirnya Jelaskan Punca Kekalahan Gojo Kepada Sukuna!
Share on FacebookShare on Twitter

Manga Jujutsu Kaisen menamatkan perjalanannya pada September 2024, namun banyak persoalan masih menghantui peminat—terutamanya mengenai detik tragik kematian Satoru Gojo dalam pertarungan epiknya menentang Sukuna.

Gojo, yang dianggap sebagai salah satu watak terkuat dalam siri ini, tewas hanya dengan satu serangan maut, meninggalkan ramai peminat dalam kekeliruan. Tanpa sebab yang jelas ketika itu, ditambah dengan peralihan naratif kepada perlawanan seterusnya, hanya menambah misteri di sebalik kejatuhan Gojo—sehinggalah kini.

Dalam pendedahan terbaru, pencipta Jujutsu Kaisen, Gege Akutami, akhirnya memberikan penjelasan sebenar mengapa Gojo gagal dalam pertarungan paling pentingnya.

Kredit: © Gege Akutami/Shueisha

Pameran Jujutsu Kaisen yang kini berlangsung di Osaka dari 19 April hingga 9 Jun 2025 memberikan peminat peluang untuk memahami lebih dalam tentang proses kreatif di sebalik siri ini. Pameran ini menampilkan pelbagai bahan eksklusif termasuk ilustrasi digital dan catatan peribadi Akutami.

Namun, yang paling mencuri perhatian ialah sesi soal jawab di mana Akutami mengulas dengan lebih lanjut tentang babak kekalahan Gojo yang mengejutkan.

Kredit: Go_Jover

Menurut Akutami, kejatuhan Gojo berpunca daripada kesilapan yang tidak dijangka. “Selepas berjaya mengalahkan Mahoraga, Gojo menyangka Sukuna tidak lagi mampu menembusi teknik Infinity,” jelas beliau. “Versi Gojo yang lebih berhati-hati sepatutnya sedar ada sesuatu yang tidak kena, dan mungkin dapat mengelak serangan maut itu.”

Penjelasan yang diterjemahkan dan disebarkan oleh akaun X @Go_Jover ini menunjukkan bahawa rasa terlalu yakin dan kegagalan Gojo untuk kekal berjaga-jaga adalah faktor utama kekalahannya. Pendedahan ini akhirnya menjawab persoalan yang selama ini mengelirukan peminat, terutamanya berkaitan cara Sukuna berjaya menewaskannya.

Kredit: © Gege Akutami/Shueisha

Ini bukan kali pertama kelemahan “manusia” Gojo membawa kepada peristiwa besar dalam Jujutsu Kaisen. Ketika zaman remajanya, kekurangan tidur selama beberapa hari menyebabkan dia tewas kepada Toji Fushiguro, mengakibatkan kematian Riko Amanai—satu tragedi yang menjadi titik tolak kepada pengkhianatan Geto.

Dalam Shibuya Incident pula, dia diperangkap dalam Prison Realm kerana rancangan Kenjaku, membuka ruang kepada Sukuna dan Disaster Curse lain untuk mengganas, menyebabkan kematian beribu-ribu orang.

esilapan demi kesilapan ini menyerlahkan bahawa meskipun Gojo memiliki kuasa luar biasa, dia tetap seorang manusia dengan batas dan kelemahannya sendiri—dan itulah yang menjadikan kekalahannya kali ini begitu tragik.

Tags: GojoJujutsu Kaisen
ShareTweetSend
Previous Post

Sewa PS5 Jadi Pilihan Popular di Jepun – Cara Jimat Bermain Game Terkini

Next Post

Jewel Changi Airport Umum Art Installation ‘Mario Kart’ Pertama di Asia Tenggara Bersama Kedai Pop-Up Nintendo

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Crimson Desert Cecah Jualan 6 Juta Salinan Dalam Masa Kurang 3 Bulan
Berita

Crimson Desert Cecah Jualan 6 Juta Salinan Dalam Masa Kurang 3 Bulan

June 11, 2026
Urus Restoran Baratie Bersama Kru Straw Hat Pirates Dalam ‘One Piece: Grand Gourmet’
Berita

Urus Restoran Baratie Bersama Kru Straw Hat Pirates Dalam ‘One Piece: Grand Gourmet’

June 11, 2026
Jujutsu Kaisen Rumble: Survivaton – Game Baru Daripada Pencipta Vampire Survivors
Berita

Jujutsu Kaisen Rumble: Survivaton – Game Baru Daripada Pencipta Vampire Survivors

June 11, 2026
Next Post
Jewel Changi Airport Umum Art Installation ‘Mario Kart’ Pertama di Asia Tenggara Bersama Kedai Pop-Up Nintendo

Jewel Changi Airport Umum Art Installation 'Mario Kart' Pertama di Asia Tenggara Bersama Kedai Pop-Up Nintendo

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd