HoYoverse telah mengumumkan bahawa update versi 1.7 untuk Zenless Zone Zero, bertajuk “Bury Your Tears With the Past,” akan dilancarkan pada 23 April, membawa penutup dramatik kepada jalan cerita Season 1.
Update ini menyelami krisis Sacrifice di New Eridu, mendedahkan kebenaran yang lama tersembunyi serta memperkenalkan watak-watak baharu yang hebat, gameplay yang mendebarkan, dan acara in-game yang meriah.
Penutup Season 1
“Bury Your Tears With the Past” menyampaikan pengakhiran yang klimaks bagi naratif Season 1. Proxies akan menyelami masa lalu Vivian, mendedahkan misteri kematian Hugo dan konflik antara Mockingbird dan TOPS.
Ketika ketegangan semakin memuncak, pemain akan bekerjasama dengan penyiasat khas berpangkat Void Hunter, yang dihantar oleh Mayor New Eridu, untuk menyusup ke wilayah musuh dan mencari Sacrifice Core. Sepanjang perjalanan, mereka akan membongkarkan konspirasi Exaltists dan menghadapi kegelapan yang mengancam bandar.
Agent Baharu
Versi 1.7 memperkenalkan dua Agent S-Rank dari Mockingbird:

- Vivian, seorang Ether Anomaly Agent, memakai payung dan rapier, dan boleh bertukar dengan lancar antara serangan darat dan udara. Basic Attack “Featherbloom” miliknya meningkatkan damage Anomaly dan bersinergi dengan EX Special Attack rakan sepasukan untuk meningkatkan output Corruption damage pasukan.
- Hugo, seorang Ice Attack Agent, mengubah begnya menjadi sabit, menebas musuh dengan serangan yang luas. Apabila memukul musuh yang stun, Hugo mencetuskan efekTotalize, meningkatkan damage-nya berdasarkan tempoh stun yang tinggal pada musuh.

Menyertai mereka adalah Robin, rakan Bangboo dari Mockingbird, yang melontar kad berkesan rawak ke arah musuh.
Selain itu, update ini menampilkan banner rerun untuk Jane, seorang Physical Anomaly Agent, dan Lighter, seorang Fire Stun Agent, memberikan peluang kepada pemain untuk merekrut semula kegemaran peminat ini.
Acara In-Game yang Meriah
Di samping naratif dan pertempuran sengit, Zenless Zone Zero versi 1.7 menawarkan acara yang santai dan kompetitif:

- Say It With Flowers: Pemain mengambil peranan sebagai pengurus kedai bunga, menggubah bunga untuk pelanggan. Dengan menyelesaikan komisen bunga, Proxies akan membuka susunan bunga interaktif kekal dalam mod Quality Time, bersama dengan ganjaran eksklusif seperti A-Rank Bangboo Overtimeboo.
- Bangboo Bash: Acara penuh adrenalin ini kembali dengan mod rank, mencabar Proxies untuk menavigasi litar berhalangan. Mata diperoleh berdasarkan kedudukan perlawanan dan pangkat, dengan mereka yang mendaki papan pendahulu boleh menuntut gelaran eksklusif, Polychromes, dan ganjaran lain.

Zenless Zone Zero kini tersedia di PlayStation 5 melalui PlayStation Store, PC melalui muat turun klien dan Epic Games Store, iOS melalui App Store, dan Android melalui Google Play. Versi Xbox Series juga sedang dalam pembangunan. Layari laman web rasmi untuk info lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post