Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Kod Ekslusif] Racing Master Berlumba Masuk Malaysia – Pelancaran Rasmi Hari Ini Bersama Promo!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 28, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
[Kod Ekslusif] Racing Master Berlumba Masuk Malaysia – Pelancaran Rasmi Hari Ini Bersama Promo!
Share on FacebookShare on Twitter

Hidupkan enjin anda—Racing Master telah rasmi dilancarkan hari ini! NetEase Games, bekerjasama dengan Codemasters, telah melancarkan game racing simulation free-to-play ini di seluruh Asia Tenggara.

Kini tersedia di iOS, Android, dan PC melalui emulator, Racing Master membawa pengalaman pemanduan simulasi kepada pemain, menggabungkan realisme dengan kemudahan peranti mobile.

Pemain Malaysia boleh mula beraksi hari ini dan menikmati ganjaran hebat: log masuk untuk mendapatkan sehingga 500 draw dan membuka kereta premium seperti Lamborghini Squadra Corse Huracán LP620-2 Super Trofeo ’15 dan Ferrari F8 Tributo ’20 hanya dengan log masuk setiap hari.

Tambahan pula, ada kod eksklusif—“rmlaunch”—yang boleh ditebus untuk 188 gold (sehingga 100,000 penggunaan), melalui menu.

Kredit: NetEase Games

Apa yang membezakan Racing Master? Garaj dengan lebih 100 kereta berlesen daripada jenama gergasi seperti Ferrari, Porsche, Lamborghini, Koenigsegg, dan Ford, semuanya sedia untuk disesuaikan sepenuhnya.

Daripada cat dan pelekat hingga tayar, rim, suspension, dan brek, pemain boleh mencipta kereta impian, berkongsi di Studio, dan memuat turun design baharu setiap hari.

Kredit: NetEase Games

Seperti saya kata tadi, game ini menyatukan simulasi dengan kemudahan mobile. Meluncur di selekoh atau kejar posisi teratas dengan fizik realistik buatan Codemasters.

Litar dunia sebenar seperti Litar Antarabangsa Shanghai dan Indianapolis Motor Speedway turut menjadi pentas perlumbaan bagi anda berluma, di mana setiap litar menuntut ketepatan dan kemahiran.

Kredit: NetEase Games

Bersaing dalam pertempuran PvP dan GvG secara masa nyata, atau uji keberanian anda dalam kejohanan penuh adrenalin untuk mendaki papan pendahulu. Sama ada pemandu santai atau peminat game lumba sejati, pengalaman autentik ini memastikan setiap perlumbaan memikat.

Kredit: NetEase Games

Jangan tunggu lagi—muat turun Racing Master sekarang, tuntut ganjaran anda, dan terus memecut di litar! Untuk download, layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Racing Master
ShareTweetSend
Previous Post

Anda Boleh Menangi ‘ROG Ally X Edisi Terhad’ Bertema BLEACH Rebirth of Souls! Sertai Giveaway Sekarang!

Next Post

Indiana Jones and the Great Circle Tiba di PS5, Tapi Tiada Salinan Fizikal & Collector’s Edition di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Indiana Jones and the Great Circle Tiba di PS5, Tapi Tiada Salinan Fizikal & Collector’s Edition di Malaysia

Indiana Jones and the Great Circle Tiba di PS5, Tapi Tiada Salinan Fizikal & Collector’s Edition di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd