Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing UGREEN × Genshin Impact Kinich Collectible Gift Box – Harta Karun dari Teyvat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 25, 2025
in Aksesori, Artikel, Berita, Teknologi, Unboxing
0 0
0
Unboxing UGREEN × Genshin Impact Kinich Collectible Gift Box – Harta Karun dari Teyvat!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja dilancarkan hari ini, kami menerima UGREEN × Genshin Impact Kinich Collectible Gift Box sebagai hadiah—satu set edisi terhad yang pasti menjadi rebutan peminat Genshin Impact dan pencinta teknologi.

Diilhamkan oleh Kinich, hero five-star Dendro dari Natlan (versi 5.0), set edisi terhad ini menggabungkan peranti pengecasan berprestasi tinggi daripada UGREEN dengan koleksi eksklusif Genshin Impact, menjadikannya item wajib bagi pemain dan kolektor.

Kredit: Digital Braves

Sebagai peminat tegar yang sudah lama mengembara di Teyvat, saya tidak sabar untuk meneroka set bertema Kinich ini—jadi, jom lihat apa yang ada di dalamnya dan sama ada ia berbaloi untuk dimiliki!

Teknologi Bertemakan Kinich

Pertama sekali, terdapat UGREEN Nexode Power Bank Genshin Impact Edition (RM299.00), sebuah pengecas berkapasiti 20,000mAh, 130W yang dihiasi dengan warna hijau Kinich serta seni piksel yang menampilkan K’uhul Ajaw (naga pendampingnya), Yumkasaurus, dan Scions of the Canopy. Dilengkapi dua port USB-C (100W dan 30W) serta satu USB-A (22.5W), skrin TFT pintarnya memaparkan tahap bateri, voltan, dan output kuasa secara masa nyata. Dengan berat hanya 480g dan saiz 5.1×2.1×2 inci, ia ringan, compact, dan selamat dibawa ke dalam penerbangan (72Wh).

Seterusnya, UGREEN Nexode Charger Genshin Impact Edition (RM149.00) menawarkan kuasa 65W melalui tiga port berasaskan GaN (dua USB-C pada 65W max & 30W, satu USB-A pada 22.5W). Berhiaskan motif Kinich dan Ajaw, pengecas ini menyokong PD 3.0 dan PPS untuk peranti seperti iPad, Galaxy S24, dan Steam Deck. Reka bentuk plug lipat dan saiz 2.6×1.57×1.22 inci menjadikannya ideal untuk dibawa ke mana-mana.

Untuk pengecasan tanpa wayar, UGREEN MagFlow Wireless Charger Genshin Impact Edition (RM229.00) hadir sebagai stesen 2-dalam-1 Qi2 dengan corak Yumkasaurus serta unsur Chimaera Alebriius (Constellation milik Kinich). Ia menyokong pengecasan 15W untuk telefon dan 5W untuk earbud (AirPods 4/3/2/Pro) melalui dua pad magnetik, dengan magnet N52*18 untuk penjajaran MagSafe yang kukuh. Dengan reka bentuk boleh lipat (4.6×2.6×0.9 inci), ia turut disertakan kabel USB-C 3.3 kaki dan boleh dilaraskan untuk kegunaan ketika bermain atau membuat panggilan. Dikuasakan oleh GaN, pengecas ini memastikan pengecasan yang selamat dan cekap.

Menutup senarai peranti adalah UGREEN USB-C to USB-C Cable Genshin Impact Edition (RM28.90), kabel pengecas 100W dengan tali bertema K’uhul Ajaw dan warna Dendro. Ia menyokong PD 3.0 dan QC 4.0, serta menyampaikan kelajuan pemindahan data 480Mbps. Dengan reka bentuk jalinan nilon dan cip E-marker, kabel ini memang tahan lasak.

Koleksi Eksklusif

Bukan sekadar peranti teknologi, Collectible Gift Box ini turut menampilkan item eksklusif yang tidak dijual secara berasingan:

  • Kinich Chibi Magnetic Phone Kickstand Grip 
  • Kinich Acrylic Stand 
  • Kinich Power Bank Pouch 
  • Ajaw Fridge Magnet 
  • Kinich Phone Lanyard 
  • Kinich Transparent Card

Gift Box ini hanya boleh dimenangi melalui giveaway di laman web dan media sosial UGREEN, tetapi peranti dalam set boleh dibeli di Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan peruncit lain.

Secara keseluruham teknologi dalam set ini menawarkan kualiti terbaik daripada UGREEN, ditambah dengan sentuhan gaya eksklusif Kinich. Koleksi barangan khas pula menjadikannya satu harta berharga bagi peminat Genshin Impact. Jika anda ingin menaik taraf gaya gameplay di Natlan, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapatkan set ini!

Tags: Genshin ImpactUGREENUGREEN × Genshin Impact Kinich Collectible Gift BoxUnboxing
ShareTweetSend
Previous Post

AnimeJapan 2025 – Segala Pengumuman Terhangat Tentang Anime Terkini!

Next Post

ASUS ROG MY Kini Menjual “Travel Bag ROG Slash 4.0” – Beg Urban untuk Para Gamer!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
ASUS ROG MY Kini Menjual “Travel Bag ROG Slash 4.0” – Beg Urban untuk Para Gamer!

ASUS ROG MY Kini Menjual "Travel Bag ROG Slash 4.0" - Beg Urban untuk Para Gamer!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd