Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Atarashii Gakko, Tatsuya Kitani & Creepy Nuts Bakal Beraksi di Kuala Lumpur pada 26 April

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 5, 2025
in Acara, Anime, Berita, Konsert, Tempatan
0 0
0
Atarashii Gakko, Tatsuya Kitani & Creepy Nuts Bakal Beraksi di Kuala Lumpur pada 26 April
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat hiburan IME Asia mengumumkan bahawa Atarashii Gakko, Tatsuya Kitani, dan Creepy Nuts akan membuat persembahan di Festival Muzik & Hiburan Central 2025, yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 26 April 2025.

Acara akan dimulakan dengan persembahan kumpulan remaja Jepun, Atarashii Gakko yang telah menggegarkan pentas dunia dengan persembahan bertenaga, koreografi asli, dan genre muzik yang tersendiri.

Lagu hit viral “Otona Blue” berjaya melonjakkan nama mereka ke persada dunia, disusuli dengan persembahan mengagumkan pada Coachella 2024. Terkenal dengan gaya persembahan yang berani dan dinamik, Atarashii Gakko bakal membawa tenaga dan tarikan unik mereka ke Kuala Lumpur, menjanjikan persembahan yang pasti memukau.

Kredit: iMe Asia

Turut membuat persembahan ialah duo hip-hop terkemuka Jepun, Creepy Nuts yang menampilkan penyanyi rap R-Shitei dan DJ Matsunaga.

Terkenal dengan lagu hit seperti  “Bling-Bang-Bang-Born” yang telah meraih lebih 700 juta strim dan “Otonoke” daripada Dandadan, duo ini bakal membawakan gabungan persembahan rap dan turntablism ke KL, menjanjikan malam yang penuh bertenaga untuk para peminat mereka di Malaysia. 

Kredit: iMe Asia

Melengkapi barisan bintang pada malam tersebut ialah Tatsuya Kitani, seorang artis serba berbakat yang mula mencipta nama menerusi platform muzik dalam talian dan sejak itu menjadi terkenal dalam dunia anime dan muzik.

Terkenal dengan lagu tema anime seperti “Where Our Blue Is” dari siri Jujutsu Kaisen, suaranya yang merdu dan liriknya yang menyentuh perasaan berjaya menawan hati peminat setia di seluruh dunia.

Kredit: iMe Asia

Tiket Festival Muzik & Hiburan Central 2025 di Kuala Lumpur boleh didapati sejak 28 Februari. Tiket berdiri dijual pada harga RM398 manakala tiket berduduk pula berharga RM298. Dapatkan tiket anda sekarang melalui laman penjualan rasmi di SINI.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara tersebut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Tags: Atarashii GakkoCreepy NutskonsertTatsuya Kitani
ShareTweetSend
Previous Post

‘Black Beacon’ Buka Pra-Daftar di iOS/Android, Turut Umum Giveaway!

Next Post

GTA V “Free Update” Kini Tersedia di PC dengan Pelbagai Ciri Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’
Berita

Project GT – Sebuah Game Lumba Anime RPG Di Mana Kita Mengawal ‘Car-Girl’

June 12, 2026
Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru
Berita

Marvel Rivals – Season 8.5 Rasmi Dilancarkan, Memperkenalkan Cyclops, Mod 18v18 & Acara Baru

June 12, 2026
Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026
Demo

Demo Echoes of Aincrad Sedia Untuk Main Bermula 15 Jun 2026

June 12, 2026
Next Post
GTA V “Free Update” Kini Tersedia di PC dengan Pelbagai Ciri Baharu

GTA V "Free Update" Kini Tersedia di PC dengan Pelbagai Ciri Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd