Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Asia Hunt Bakal Berlabuh di Malaysia – Pengembaraan Bermula 10 Mei!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2025
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
One Piece Asia Hunt Bakal Berlabuh di Malaysia – Pengembaraan Bermula 10 Mei!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat semua peminat One Piece, inilah masanya untuk menyertai pengembaraan lanun sebenar di Asia—One Piece Asia Hunt! Bermula Mei ini, dunia One Piece akan menjadi realiti di SplashMania, Malaysia, di mana anda dan nakama (rakan/kawan) akan mengharungi cabaran mendebarkan, menyelesaikan teka-teki, dan memburu harta karun tersembunyi.

Jangan hanya menonton atau membaca kisahnya—alami sendiri pengembaraan epik ini! Tandakan tarikh di kalendar anda dan bersiap sedia untuk belayar di Grand Line dalam perjalanan penuh aksi, kerjasama, dan kejutan luar biasa!

  • Lokasi: SplashMania, Gamuda Cove, Malaysia
  • Tarikh: 10 Mei – 10 Jun 2025 ((kecuali 14, 21 & 28 Mei)
  • Masa: 10:00 AM – 6:00 PM
  • Laman Tiket Rasmi: Akan diumumkan tidak lama lagi!

Acara ini dianjurkan oleh Lorrypop Studio dengan kerjasama Womb Creative, Incubase Studio, Toei Co., Ltd., serta rakan lokasi SplashMania Waterpark.

Apa Itu One Piece Asia Hunt?

One Piece Asia Hunt ialah acara pengembaraan bertemakan lanun yang diilhamkan daripada manga dan anime legenda One Piece karya Eiichiro Oda. Bertempat di SplashMania, taman tema air terkemuka di Malaysia, acara ini akan membawa peminat ke dalam dunia One Piece dalam pengalaman yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Kredit: ©Eiichiro Oda/Shueisha, Toei Animation

Acara interaktif ini membawa peminat terus ke dunia One Piece, bermula dari East Blue, tempat Luffy memulakan pengembaraannya. Peserta akan menjelajah 10 zon bertema unik, menyelesaikan teka-teki, menghadapi cabaran mendebarkan, dan mencari harta tersembunyi.

Dengan aplikasi rasmi sebagai Log Pose, pemain akan menguji pengetahuan, menyelesaikan tugasan fizikal dan digital, serta membuka bonus sepanjang perjalanan.

Kredit: ©Eiichiro Oda/Shueisha, Toei Animation

Setiap tiket disertakan dengan One Piece Hunt Kit yang eksklusif, termasuk T-shirt karakter (pilih daripada lima ahli Straw Hat), sarung kalis air untuk telefon, dan pingat penyudah edisi Malaysia. Untuk pengalaman lebih epik, peserta boleh menaik taraf ke Pro Hunt Kit, yang merangkumi beg kalis air, tuala edisi terhad, dan Omamori One Piece khas.

Selain itu, peserta boleh mendapatkan barangan eksklusif acara, termasuk koleksi Luffy Gear 5 edisi khas dan pelbagai barangan rasmi. Pesaing terbaik juga berpeluang merebut hadiah menarik—300 pemain terbaik akan menerima hadiah saguhati, manakala 50 pemenang utama akan membawa pulang ganjaran legenda One Piece!

Kredit: ©Eiichiro Oda/Shueisha, Toei Animation

Jika dilihat dari acara terdahulu seperti One Piece Puzzle Hunt di Sentosa, Singapura, yang menampilkan misi interaktif dan lokasi bertema, tidak mustahil Asia Hunt kali ini akan membawa sesuatu yang lebih epik!

Nantikan maklumat lanjut mengenai tiket dan aktiviti yang bakal diumumkan, dan bersiap sedia untuk berlayar bersama nakama!

Tags: one pieceOne Piece Asia Hunt
ShareTweetSend
Previous Post

Tokyo Game Show 2025 Kembali 25 Hingga 28 September! Butiran Lengkap Acara!

Next Post

Previu Marvel Rivals Season 1.5 – Pengalaman Bermain Human Torch & The Thing!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Previu Marvel Rivals Season 1.5 – Pengalaman Bermain Human Torch & The Thing!

Previu Marvel Rivals Season 1.5 - Pengalaman Bermain Human Torch & The Thing!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd