Tahun 2024 penuh dengan pelbagai siri anime hebat yang memperkenalkan watak-watak paling “memorable” dalam ingatan peminat. Dengan begitu banyak calon, peminat di Reddit telah mengundi untuk memilih Best Girl tahun lepas, dan selepas beberapa pusingan persaingan sengit, Anna Yanami dari Makeine: Too Many Losing Heroines! muncul sebagai pemenang.

Saingan dalam undian ini bukan calang-calang. Sebanyak 44 heroin daripada 25 anime berbeza telah disusun dalam satu format pertandingan, yang akhirnya mengurangkan senarai kepada empat finalis terakhir: Anna Yanami, Marcelle Donato daripada Delicious in Dungeon, Momo Ayase daripada Dandadan, dan Utena Hiiragi daripada Gushing Over Magical Girls.
Walaupun anime seperti Dandadan menjadi tumpuan utama, kemenangan Anna membuktikan bahawa impak sesuatu watak bukan hanya diukur berdasarkan populariti. Sebaliknya, wataknya meninggalkan kesan emosi mendalam kepada peminat dengan cara yang tersendiri.
And r/anime ’s best girl of 2024 is…
byu/changshiyixia inanime
Keistimewaan Anna Yanami
Makeine: Too Many Losing Heroines! bukan anime biasa. Seperti tajuknya, siri ini mengisahkan gadis-gadis yang menghadapi penolakan dalam percintaan—”heroin yang kalah” yang cintanya tidak terbalas.
Berbeza dengan klise biasa di mana watak sebegini dilupakan selepas ditolak, anime ini memberi fokus kepada perjalanan mereka dalam menghadapi kekecewaan dan mencari kekuatan dalam kelemahan.

Di antara semua watak dalam siri ini, Anna Yanami paling menyerlah. Sebagai pelajar tahun pertama di Kelas 1-C di Tsuwabuki High School dan ahli Kelab Sastera, Anna dikenali kerana personalitinya yang ceria serta rambut birunya yang menonjol.
Perjalanannya dalam mengharungi cinta tidak berbalas dan pertumbuhan peribadi menjadikannya watak yang sangat “relatable”. Gabungan sikap kelakar, ketabahan, dan keperibadiannya yang tidak mudah mengalah secara tidak langsung membuatkan peminat jatuh hati padanya.

Sebagai “heroin yang kalah,” Anna tidak sepatutnya menjadi watak utama dalam percintaan. Namun, perkembangan dirinya dan pesonanya membuatkan dia menjadi antara karakter paling disayangi sepanjang tahun ini.
Jadi, bagaimana pula dengan anda? Adakah Anna Yanami juga Best Girl pilihan anda untuk tahun 2024?
@gamersantaimy
Discussion about this post