Team Ninja bakal membawa Rise of the Ronin ke PC pada 11 Mac 2025, bagi memberikan pengalaman aksi RPG bertemakan samurai dalam dunia berlatarbelakangkan era Bakumatsu Jepun.
Untuk memastikan Rise of the Ronin berjalan dengan baik pada tetapan tinggi, pemain memerlukan pemproses moden, RAM mencukupi, serta kad grafik berprestasi tinggi. Spesifikasi ini membolehkan game dimainkan dengan lancar, di samping memanfaatkan ciri eksklusif PC untuk grafik dan prestasi yang lebih optimum.

Keperluan Minimum (1080p / 30FPS – Lowest Setting, Upscaled)
- OS: Windows 10/11 64-bit
- Pemproses: Intel Core i5-10400 atau AMD Ryzen 5 1600
- RAM: 16 GB
- Kad Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1060 (6GB VRAM) atau AMD Radeon RX 5500 XT (8GB VRAM)
- DirectX: Versi 12
- Storan: 180 GB ruang kosong (SSD diperlukan)
- Kad Bunyi: 16-bit stereo dengan playback 48KHz
- Nota Tambahan: Frame Generation boleh digunakan untuk meningkatkan FPS.
Keperluan Recommended (1080p / 60FPS – Standard Setting, Upscaled)
- OS: Windows 10/11 64-bit
- Pemproses: Intel Core i5-10600K atau AMD Ryzen 5 5600X
- RAM: 16 GB
- Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 2080 Super (8GB VRAM) atau AMD Radeon RX 6700XT (12GB VRAM)
- DirectX: Versi 12
- Storan: 180 GB ruang kosong (NVMe SSD disyorkan)
- Kad Bunyi: 16-bit stereo dengan playback 48KHz
- Catatan Tambahan: Dioptimumkan untuk kadar bingkai lebih tinggi, dengan sokongan Frame Generation untuk prestasi lebih baik. NVMe SSD disyorkan.
Rise of the Ronin versi PC hadir dengan pelbagai penambahbaikan untuk memanfaatkan sepenuhnya perkakasan moden. Permainan ini menyokong tekstur beresolusi tinggi serta ray tracing, memberikan pencahayaan dan bayang-bayang yang lebih realistik.
Selain itu, ia turut menawarkan sokongan skrin lebar, termasuk monitor ultra-lebar, bagi pandangan yang lebih luas.

Dari segi prestasi, Rise of the Ronin menyokong kadar bingkai sehingga 120 FPS, memastikan kelancaran pada pelbagai spesifikasi perkakasan. Teknologi grafik terkini seperti NVIDIA DLSS, AMD FSR, dan Intel XeSS turut digunakan bagi meningkatkan prestasi dan mengekalkan kualiti visual tinggi.
Pemain juga boleh menikmati sokongan penuh untuk mouse dan keyboard, selain keserasian penuh dengan gamepad, dengan kawalan yang boleh disesuaikan mengikut keselesaan masing-masing.
Untuk maklumat lanjut tentang game, baca artikel kami di SINI. Untuk membuat pembelian, sila layari Steam mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post