Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Dating Sim “Crazy Ones” Akan Datang Pada 21 Januari 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 10, 2025
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG, Simulator, Turn-Based
0 0
0
Mobile Dating Sim “Crazy Ones” Akan Datang Pada 21 Januari 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Noctua Games secara rasmi telah mengumumkan tarikh pelancaran Crazy Ones, game mobile baharu mereka yang menggabungkan elemen simulasi dating dan RPG turn-based.

Game ini dijadualkan untuk lancar pada 21 Januari 2025 di Malaysia untuk platform iOS dan Android. Pra-pendaftaran kini dibuka, menawarkan ganjaran eksklusif dalam game, termasuk bonus pencapaian sekiranya komuniti mencapai sasaran 500,000 pra-pendaftaran.

Apa itu Crazy Ones?

Crazy Ones direka khas untuk pemain lelaki, menggabungkan elemen strategi, percintaan, dan penceritaan dalam satu pengalaman yang unik. Game ini digambarkan sebagai “turn-based 2D RPG” yang diperkaya dengan mekanik simulasi dating dan visual berinspirasikan anime.

Naratif bergaya novel visual pula membolehkan pemain menikmati cerita yang direka dengan teliti.

Kredit: Noctua Games

Game ini mengikuti perjalanan seorang protagonis lelaki yang memutuskan untuk meninggalkan pekerjaan korporat yang membosankan untuk memulakan syarikat teknologi sendiri.

Dalam perjalanan ini, pemain akan membina hubungan dengan empat watak wanita unik, bertarung dalam pertempuran turn-based menggunakan kad khas setiap watak, dan menghadapi cabaran perniagaan melalui senario unik.

Kredit: Noctua Games

Setiap watak wanita dalam Crazy Ones mempunyai personaliti dan latar belakang tersendiri, menawarkan pelbagai pilihan romantik dan naratif.

Watak-watak ini termasuk Tomoko, adik kecil yang genius; Chika Ono, seorang pemuzik penuh perasaan; Hakuo, seorang profesional yang menawan; dan Hyouka Natsume, seorang presiden syarikat yang teguh.

Pemain dapat berinteraksi dengan watak-watak ini melalui pelbagai cara, seperti berbual, membuat panggilan, mencadangkan pakaian, dan mengumpulkan foto khas, bagi mengukuhkan hubungan dan membuka jalan cerita yang baharu.

Kredit: Noctua Games

Selain elemen percintaan dan strateginya, Crazy Ones turut menawarkan mini game interaktif yang melengkapkan gameplay teras. Aktiviti-aktiviti ini direka untuk meningkatkan keasyikan, memberikan peluang kepada pemain untuk meneroka pelbagai aspek dunia permainan.

Tambahan pula, game ini dibantu oleh pelakon suara Jepun terkenal, termasuk Ishikawa Yui, yang terkenal kerana persembahannya dalam Attack on Titan dan Violet Evergarden

Kredit: Noctua Games

Memandangkan tarikh pelancaran semakin hampir—pra-daftar sekarang di iOS dan Android untuk mendapatkan ganjaran eksklusif. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Tags: Crazy Ones
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy VII Rebirth – Ciri-Ciri PC & Spec Minimum!

Next Post

Siri POCO X7 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM999!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Siri POCO X7 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM999!

Siri POCO X7 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM999!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd